Muffin chocolate anyone? Haqim bertanya bilalah mama nak masak chocolate block dalam petisejuk. Ehm memang agak lama dah chocolate tu duduk diam-diam, so hari ini mama beli telur and butter untuk memenuhi permintaan Haqim. Saya ambil resepi dari buku ini
Nampak macam sedap je. So bagi yang berminat untuk mencuba muffin ini, this is the resepi.
Bahan-bahan untuk 12 muffin
- 110 gm tepung (saya guna superfine) + 1/2 camca teh serbuk pernaik yang saya ayak bersama.
- 1/2 batang butter
- 1/2 pack chocolate memasak
- 220 gm castor sugar + 50 gm gula perang halus
- 4 telur gred B
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 camca teh serbuk koko
- 1/2 cawan kacang almond yang saya tumbuk kasar
- Panaskan oven suhu 180 C.
- Sediakan bekas muffin – 12 bekas
- Menggunakan kaedah double boiler, cairkan chocolat dan butter. (saya tiada double boiler, saya letak mangkuk aluminium atas periuk berisi air and it works :) .
- Masukkan gula dalam mangkuk adunan. Masukkan chocolat dan butter yang telah cair tadi. Kacau sebati.
- Masukkan telur satu persatu sambil dikacau sebati.
- Masukkan esen vanilla
- Masukkan dan gaulkan tepung dan serbok koko.
- Akhir sekali masukkan kacang almond.
- Sudukan adunan dalam bekas muffin hampir penuh. (Muffin ini tidak kembang sangat).
- Bakar dalam 30-35 minit.
Nota: Satu rumah bau muffin ni sewaktu memasaknya yang menyebabkan Haqim makan 3 biji sebaik sahaja ianya masak !!!!. Ehm that is the environment yang tiada bila beli muffin ni kat kedai .