Wednesday, September 14, 2011

Kuih Sagu Merah

2011-08-26 21.59.22

Saya tidak tahu apa nama formalnya, cuma saya suka kuih ini. Kebiasaannya, saya beli sahaja, tapi peningkatan harga yang gila-gila sekarang menyebabkan ianya dijual pada harga yang pada pengiraan saya tidak masuk akal. So dengan bantuan emak saya buat kuih ni. Berikut adalah catatan bahan dan kaedah untuk panduan in the future.

Bahan-bahannya

  • 1 cawan sagu (at the moment the price is about RM1.50)

2011-08-26 16.52.06

  • 2 senduk  gula.
  • 3 mug air
  • pewarna merah
  • sedikit kelapa muda yang diparut dan digaul dengan sedikit garam.

Kaedah membuat

  • sagu dibasuh dan ditoskan airnya.
  • masak 1 1/2 mug air dan gula sehingga cair
  • masukkan sedikit pewarna merah
  • apabila air telah mendidih masukkan sagu
  • kacau adunan SENTIASA, masukkan air sedikit-sedikit sehingga sagu masak (tiada warna putih sagu ditengahnya). At the end, saya menggunakan 1 1/2 mug air tambahan sewaktu mengacau.
2011-08-26 17.24.52
  • tuangkan adunan dalam bekas untuk disejukkan.
  • potong dan gaul dengan kelapa parut sebelum dihidang.

Selamat Mencuba

0 comments:

Post a Comment