Diantara sebab kami ke Shah Alam pada hujung minggu adalah untuk menghadiri majlis ini. Di sebelah pagi, kami membantu Chu menyediakan juadah. Dapat berkenalan dengan keluarga Che We dan mempelajari sate yang menjadi tumpuan utama hari tersebut.
Tuan rumah bersama hidangan sebelum ketibaan tetamu.
Diantara tetamu yang hadir.
Ehm…Lebih kurang 400 cucuk sate habis dalam masa tak sampai 2 jam. Menghiris 7 ekor ayam, mengambil masa lebih kurang 2 jam, lebih kurang 3 jam diambil untuk mencucuk dan 4 jam untuk membakar (Wan dah set standard untuk bakar sate ni).Macamana sate berada ditempat ke 16 (makanan kegemaran didunia) berbanding redang yang berada di tempat pertama .
Inilah Kak Sah yang berkongsi resepi sate dan nasi dagang dengan saya dan anaknya yang menyediakan sup tulang ayam (sedap…Khabarnya, semua ramuan kecuali penumis diblender hancur dan ditumis bagi menghasilkan sup yang sedap. Kena cuba ni next time.).
Terima kasih Chu dan Che We yang menjemput kami. Tahun depan jemput lagi ye.
0 comments:
Post a Comment