Salah satu dari makanan untuk minum petang yang digemari di Terengganu selain dari keropok lekur. Saya telah hampir give up untuk mencuba resepi sotong celup tepung kerana seringkali tepung dan sotong tidak sehaluan selain dari suspense sebab bila ianya tidak sehaluan sotong akan meletup dan membahayakan tukang masaknya (macam telah melaluinya aje…) Baru-baru ini, saya mendapat resepi dan tip ini dari seorang peniaga di salah sebuah kedai makan diperhentian Pantai Kelulut di Kuala Terengganu. Terima kasih pada peniaga tersebut yang tidak lokek ilmu. Di dokumenkan disini untuk rujukan masa depan. Bagi yang ingin mencuba-silakan…
Bahan-bahannya
- 4-5 ekor sotong yang sederhana besar – yang sesuai untuk buat ketupat sotong- dibersihkan , dipotong bulat dan ditoskan airnya
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 2 sudu tepung jagung – tidak dimaklumkan oleh pemberi resepi tapi pengalaman mengajar saya kalau tidak letak tepung jagung bila sejuk tak boleh nak kunyah- keras
- 1 biji telur.
- 1 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
- sedikit air kapur makan
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- minyak untuk mengoreng.
Kaedah
- Masukkan tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit dan garam dalam bekas.
- Pukul sedikit telur dan masukkan dalam bekas tadi.
- Bubuh air sedikit-sedikit sambil dikacau bagi memastikan tepung tidak bergentil. Kepekatannya – pekat sedikit dari adunan roti jala tapi cair sedikit dari adunan cucur.
- Masukkan sotong dan goreng dalam minyak panas sehingga masak.
Tip
- Gunakan sotong yang baru. Sotong yang telah disimpan dalam peti sejuk mudah kecut, mengeluarkan air bila dimasak dan liat sedikit.
- Pastikan minyak betul-betul panas sewaktu mula menggoreng bagi memastikan tepung tidak berpisah dengan sotong.
- Letak sekeping asam keping sewaktu menggoreng bagi mengurangkan ‘letupan’ sewaktu menggoreng, somehow it works walaupun pada mulanya saya macam tak percaya je..
Update 27/10/2010
Hari ini saya buat ikan celup tepung dengan menggunakan resepi yang sama tapi saya update dengan menambah sedikit air kapur makan dan menggunakan air sejuk (dari petisejuk) sewaktu mengaul dan inilah hasilnya:
Tapi yang bestnya, tepung lebih rangup dan saya rasa inilah adunan tepung celup tepung terbaik saya . Terima kasih emak kerana mencadangkan tambahan tersebut…
Hari ini saya hiris terung bulat, celup dalam adunan tepung lebihan dari goreng ikan semalam, dah jadi tempuralah pulak he he…
thanks for the recipe and tips.. saya akan cuba.. byk kali jadi sotong terpisah dgn adunan tepung selepas masak.
ReplyDeletegood luck..
Deleteminta izin untuk ambil resepinya ya. :)
ReplyDelete