Sunday, October 30, 2011

Phd dan Penulisan

Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai pelajar PhD, saya percaya penulisan merupakan salah satu dari faktor yang menyebabkan seseorang pelajar PhD berjaya menamatkan pengajian atau tidak. Mulai sesi 2010, UKM meletakkan syarat 2 penerbitan journal sebelum seseorang pelajar diberikan ijazah kedoktoran. Objektifnya : seseorang pelajar PhD perlu mahir dalam menilai dan menyampaikan ilmu kepada umum terutamanya diperingkat antarabangsa. Oleh yang demikian penulisan perlu diterbitkan dalam journal bertaraf antarabangsa. Inilah salah satu faktor yang menyebabkan ramai pelajar PhD tidak tamat / lambat tamat dalam pengajian dan inilah salah satu dari CABARAN PhD saya.

Menulis artikel bukanlah satu perkara yang mudah bagi saya. Beberapa rakan ada menyatakan yang ianya akan mudah selepas beberapa penulisan tapi saya masih merasakan ianya begitu sukar. Sudah se minggu saya  menghadap komputer untuk melaporkan hasil experimen tetapi semakin hari semakin sukar untuk saya menghasilkan ayat-ayat yang sesuai. Pengalaman penulisan yang lepas mengajar saya bahawa penulisan akademik tidak seperti menulis blog atau esei. Ada struktur dan format tertentu, ada style tertentu yang perlu diikuti selain dari setiap ayat yang ditulis perlu ada maksud dan sebab tertentu. On top of that, English grammar & syntax juga perlu saya review. Mengelakkan diri dari melakukan plagirism juga salah satu dari perkara yang sukar. I am behind now in my writing and need to do something about this before it is too late…

0 comments:

Post a Comment