Sunday, October 9, 2011

Steve Jobs dan Apple

bloomberg

Saya terharu apabila keseluruhan isi kandungan majalah Bloomberg Businessweek keluaran 10-16 September didedikasikan kepada kehidupan Steve Jobs dan Apple. Beliau adalah salah seorang pengasas Apple dan lebih utama inovasi beliau iaitu iphone dan ipad telah mengubah kehidupan jutaan penghuni dunia termasuk saya. Masih saya ingat lagi, saya amat menunggu-nunggu alat untuk membolehkan saya membaca e-book dengan mudah. Kedua-dua iphone dan ipad saya dibeli tanpa gurantee kerana produk tersebut tidak dilancarkan diMalaysia lagi sewaktu ianya dibeli. Malah SIM kad terpaksa dipotong bagi membolehkan ianya dimasukkan dalam iphone ketika itu. Namun sehingga hari ini, iphone yang dibeli pada tahun 2007 masih digunakan. Begitu juga dengan ipad, walaupun telah ada versi yang baru, ipad saya masih berfungsi dengan baik dan saya tidak nampak keperluan untuk mengantikannya.  Sebagai pengguna iphone dan ipad, kematian beliau mungkin akan memberikan impak kepada ciri-ciri inovasi syarikat tersebut. Namun semangat dan inovasi beliau patut dijadikan contoh kepada generasi muda sekarang. So kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai sejarah Apple, carilah majalah ini.

0 comments:

Post a Comment