Sunday, October 23, 2011

Chocolate Chip Cookies

Sudah beberapa hari Haqim ajak pergi Mesra Mall semata-mata nak beli makanan kegemarannya Chocolate Chip Cookies. Rather than spend 45 minutes pergi dan balik, saya decide untuk buatkan cookies tersebut untuknya dengan syarat (kata Haqim) : “Mesti best macam cookies Famous Amos “ – Alahai Haqim dah pandai letak syarat dah. So bermulalah pencarian saya untuk resepi yang mudah, ringkas dan cepat. Ta… da…. inilah hasilnya.. Ini bukan jejemput ye..tapi chocolate chip cookies yang mana trip pertama (12 biji) habis dalam masa tak sampai 10 minit (Memanglah dia dah mengidam biskut ni..Mungkin ada hikmah mama tunggu beberapa hari sampai dia mengidam betul-betul baru buat. Smile)

IMG_1970

Habis satu balang ni dalam masa 1 hari.

IMG_1971

And yesterday mama buat lagi biskut ni atas permintaannya. Wow nampak gayanya kena ada stok chocolate chips and butter dalam petisejuk macam ni.

Bagi yang berminat, ini adalah resepi yang saya olah dari beberapa resepi yang dimuat turun dari Internet. Mudah dan cepat nak buat biskut ni. Sesuai untuk tetamu yang datang bersama anak-anak kecil. Makan panas-panas sedap…

Bahan-bahan

  • 150 gram mentega (suhu bilik)
  • 1 cawan gula perang
  • 11/2 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan chocolate chips
  • 1/2 cawan badam cincang/any kekacang yang dicincang
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 2 sudu milo (untuk menghasilkan warna yang lebih menarik)
  • secubit garam

Kaedah membuat

  • Panaskan oven – 180 degree celcius
  • Pukul mentega dan gula perang 2-3 minit, masukkan telur dan pukul lagi 2-3 minit
  • Masukkan esen vanila, serbuk penaik, garam dan tepung. Gaul sehingga rata.
  • Masukkan chocolate chips dan kekacang. Gaul rata
  • Sudu dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan margerin/mentega dengan jarak dalam 2 inci diantara satu sama lain – menghasilkan dalam 40 biji cookies.
  • Bakar 10-12 minit (Saya tak berapa suka ianya terlalu garing. Saya mulakan dengan api bawah, selepas 6-7 minit, saya guna api atas dan bawah bagi menghasilkan cookies yang agak lembut ditengah)

Semoga berjaya menghasilkan bukan sahaja cookies tapi kenangan manis bersama anak-anak dan keluarga

P/s: Every time buat biskut ni, Haqim akan ‘curi-curi’ sambil gaduh-gaduh sayang dengan mama ambil doh yang belum masak untuk dimakan. Ehm..I’ll miss that bila dia besar nanti..

0 comments:

Post a Comment