Diantara makanan tradisi Terengganu yang saya suka adalah rojak kateh ini yang diperbuat dari tendon kaki lembu. Yap..I am not kidding. Dulu rojak ni mudah didapati dipasar dengan harga RM1.00 sebungkus. Untuk 1 mangkuk lauk, kebiasaannya saya beli 2 bungkus. Tapi sekarang, rojak ini sudah semakin sukar didapati dan harganya juga telah meningkat kepada RM1.50 sebungkus dan saya memerlukan 3 bungkus untuk 1 mangkuk lauk. Mungkin kaedah membuatnya agak cerewet menyebabkan ianya semakin hilang dari pandangan. Kaki lembu perlu di bakar dan kulit lembu perlu dikikis untuk mendapatkan tendon tersebut. Selepas dihiris, tendon tersebut perlu direbus sehingga betul-betul kembang (memakan masa yang lama) sebelum boleh dimakan bersama air cuka. Sayang jika masakan ini pupus dari pandangan. Hmmm.. menunggu Hari Raya Haji nanti sebab masa itu banyak lembu yang menjadi korban, mesti kat pasar banyak dijual rojak ini .
0 comments:
Post a Comment