Saya bukanlah peminat tegar sukan samada bola sepak, tenis badminton dll. Saya suspense bila tengok permainan-permainan tersebut, silap-silap haribulan nanti lepas tengok game lagi tension dibuatnya macam malam tadi bila Terengganu kalah dalam pertandingan Piala Malaysia 2011, ada orang yang tension sampai hari ini .
Apa yang menarik perhatian saya ialah bilangan penonton yang menghadiri pertandingan tersebut di Stadium Shah Alam semalam dianggarkan berjumlah 70,000 orang walaupun harga tiket yang paling murah ialah RM50.00. Bayangkanlah kalau setiap seorang penonton yang datang membawa sebuah buku yang saya kira harganya lebih murah dari harga tiket, dan mendermakan buku tersebut sebelum masuk melihat pertandingan. Ehm…70,000 buah buku boleh terkumpul, beberapa library akan penuh dengan buku-buku tersebut yang bermanafaat kepada beribu-ribu pengguna yang lain, selain dari meningkatkan jualan buku-buku di pasaran. Bilakah agaknya perkara ini boleh menjadi kenyataan……
P/s: Tahniah pasukan Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia 2011 semalam…
0 comments:
Post a Comment