Sewaktu berada di Pasar Siti Khadijah Kota Baru, kami mencari kedai makan untuk makan tengahari. Memang ada kedai makan dalam pasar tu, tapi suasana sekelilingnya tidak menarik perhatian kami selain dari ianya berada ditingkat tiga yang sukar bagi abah nak naik. Seorang peniaga mencadangkan kami makan di Cikgu Restoran Nasi Ulam.
Kami pun keluar dari pasar (dibahagian belakang) dan menyusuri pagar istana, sehingga sampai ke Kompleks Kraftangan. Restoran ini berada dalam kompleks tersebut. Sampai lebih kurang jam 12:30 tengahari dan kami kena menuggu meja.Wow dalam hati saya makanan kat sini mesti sedap. Berkonsepkan self service, pelanggan sendiri mengambil makanan yang mahu dimakan. Sewaktu makan seorang pekerja akan mengira makanan yang diambil.
Deretan ulam-ulam yang disediakan, macam kat pasar pula !!! Semua daun ulam ada kat sini.
Pencicah buat sendiri ya..ada sagat buah mangga lagi selain dari sambal belacan, air asam, kicap pedas dll
Deretan lauk yang berbagai. Dari ikan, ayam dan seafood. Yang paling cepat habis ialah ayam goreng dan ikan keli goreng. Chances kita akan dapat masakan yang panas disini kerana sekejap aje letak dah habis. Disini digalakan makan berhidang. Saya perhatikan lauk-lauk dipotong untuk 2 orang makan. Air sirap, bandung atau teh telah tersedia dalam jug untuk 4 / 6 orang.
Kami ambil 2 bahagian ayam goreng (besar), sepotong ikan singgang (manis sikit tapi sedap ), ikan bakar, sayur lemak dan budu serta tempoyak dan 2 potong tembikai. Makanan untuk 4 orang ni berserta air sirap, tak sampai pun RM30.00. No wonderlah premis ini mendapat sijil harga patut.
Makanannya sedap, harganya pun okay. Walaupun jauh sikit berjalan dan kena menunggu meja, kami puas hati…
0 comments:
Post a Comment