Wednesday, February 3, 2016

Puding Caramel in a cup

cream caramel

Haqim minta mama buat kuih ni the last time dia balik rumah tapi mama tak sempat buat. Kebetulan ada kenalan yang minta buatkan. So malam ni terhasilkan puding caramel in a cup. Saya cuba 2 resepi dari online. Saya rasa ini resepi yang okay, kena dengan selera saya. Saya catatkan disini untuk digunakan dimasa hadapan. Cukup untuk 20 cups

Caramel

1 cawan gula pasir, dimasak dengan menggunakan api sederhana sehingga cair dan berwarna perang. Jangan sampai gelap nanti pahit. Kacau sekali sekala dengan senduk kayu. Bila dah perang, masukkan 2 cawan air. Hati-hati semasa memasukkan air. Gula akan membeku dulu. Masak sampai gula cair kembali. Sejukkan. (Saya baca kalau dibiar bermalam lagi sedap). Masukkan dalam bekas kecil. Saya masukkan satu senduk air untuk satu cup.

Puding.

Bahan-bahan

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu sejat
  • 1 tutup botol vanilla
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • sedikit pewarna kuning

Campurkan semua bahan. kacau sehingga sebati terutamanya tepung kastard dan panaskan atas api sehingga berasap (tak perlu mendidih) Angkat dari dapur, naikkan pengukus.

Kacau rata 6 biji telur. Tak perlu sampai berbuih, cukup macam nak buat telur dadar, Masukkan dalam campuran susu tadi, kacau rata dan tapis. Masukkan dalam bekas kecil. Kukus 15-20 minit menggunakan api sederhana (penting). Buka dan lap penutup kukusan beberapa kali untuk memastikan air tidak masuk dalam puding. Jika puding dah firm maknanya ia telah masak. Sejukkan dalam peti ais..

Selamat mencuba…