Wednesday, August 27, 2008

lantai kayu




Bagi memastikan emak selesa tinggal dirumah kami nanti, minggu lepas kami letak lantai kayu di bilik emak dan diruang study. Sekurang-kurangnya musim hujan ni tak adalah sejuk sangat. Hopefully emak naklah tinggal lama sikit this time.

haqim di Pizza Hut



Sekali sekala, sekeluarga ke Pizza Hut, seronok juga. Haqim suka sup cendawan. The trip even though slightly expensive tetapi masa bersama sekeluarga melebihi harga barangannya. sekali sekala okaylah kalau selalu teruk juga mama. Ehm.. some how rasanya makan di pizza hut kali ni lebih mahal dari biasa. Surprising tax yang dikenakan 10%...

Wednesday, August 20, 2008

Rawatan fisiotherapy abah



Dah lama abah tak pergi rawatan fisio. So petang tadi dah terlanjur cuti abah ke hospital untuk lawatan fisio. Gambar untuk kenangan. Haqim nak juga ambil gambar kat sini....

Shoping baju raya





Dah terlanjur ke Kuantan, kami ambil kesempatan untuk membeli seluar Haqim dan Abah. Tapi yang bestnya melihatkan gelagat Haqim yang turun naik escalator. Gambar-gambar berikut menceritakan kegembiraannya bila pergi shoping. Mak susu cuba perhatikan perut Haqim :) ...

Kenduri kahwin anak En Nawawi dan keluarga Hasni


Hari Sabtu 16 hb kami ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan En Nawi dan Kak Wan yang kami kenali di Jengka dulu. Segak bapa pengantin. Di kesempatan itu, kami bertemu dengan Hasni dan keluarga yang kini telah bertambah 2 lagi. Hasni pun sekarang telah menjawat jawatan penolong pendaftar HEA di UiTM Jengka.

Tuesday, August 19, 2008

Haqim jatuh basikal

Petang tadi Haqim jatuh basikal. Kuatnya menagis, rasanya satu blok boleh dengar. Kesian juga dengar tapi, itulah salah satu dari proses in growing up. Lebam jugalah peha dia. Kelakar pulak dengar anak dan abah argue about the incidence.At last mama juga dapat the honour untuk letak minyak urut. Sekejap aje sakitnya, an hour later he is running around the hourse with his two racing cars. Hopefully he learned a lesson to be more careful next time when riding his bicycle.

Saturday, August 16, 2008

Kursus Kenali Pengurusan UiTMT

Hari khamis ((14/8) diadakan kursus Kenali Pengurusan UiTMT untuk pensyarah-pensyarah baru. Kursus yang bertujuan untuk memperkenalkan pensyarah baru dengan pentadbir dan fungsi-fungsi setiap bahagian tidak kesampaian apabila 17 dari 38 pensyarah hadir ke program ini. Walaubagaimanapun ianya diteruskan termasuk juga taklimat pensyarah dan bacaan ikrar setia kepada organisasi.

Warisan kita

Satu lagi lagu untuk dihayati oleh anak didik saya.

Anak Kecil Main Api

Lagu ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam diri saya. Untuk panduan kepada anak didik saya.

Thursday, August 14, 2008

Haqim sakit telinga lagi...


Jika ditanya, sakit yang kerap Haqim hidapi dari kecil ialah sakit telinga. Gambar ini sesuatu yang saya dapat capture semalam. Wonder apa Haqim akan sebut bila dia lihat gambar ini 10 tahun dari sekarang :)

Bunga Kaktus dan Bunga Raya




Pagi ni bunga-bunga ini menarik perhatian saya sebelum pergi kerja. Bunga putih dari pokok kaktus ini mengeluarkan bau yang wangi. Dua pokok kaktus berbunga dan kembang serentak adalah sesuatu yang jarang berlaku. Bunga raya ni pula mengingatkan saya kepada emak kerana pokok ini dibeli oleh emak sewaktu tinggal disini dulu.

Wednesday, August 13, 2008

komputer baru abah


Hari ini komputer yang abah pesan melalui mail 2 minggu lepas sampai (Senang aje beli komputer sekarang).Komputer Compact dari jenama HP ini nampak very simple, sesuai dengan harganya. So petang tadi kerja kami configure the computer with several command software such as Microsoft office 2007. Unfortunately, the computer is not equipped with wireless facility. So abah kena guna broadband untuk access Internet. Compare to the price, purchasing the computer is a good deal.

Monday, August 11, 2008

Ayam Katik Abah dan Haqim




Selepas arnab-arnab Haqim mati, abah mendapatkan sepasang ayam katik dari Wan Samsudin. Minggu lepas menetaslah 3 ekor anak ayam yang comel sekali.

Ini adalah gambar-gambar ayam tersebut.

Program Doctoral Accomplishment Strategy


Kami sungguh bertuah kerana hari ini dan semalam, Dr Fauziah, Dr Rahmah, Dr Hawa, Dr Puzziawati dan Dr Ismail datang ke UiTM Terengganu untuk berkongsi pengalaman mereka sewaktu membuat phd dan memberikan tip serta semangat bagi pensyarah-pensyarah yang sedang dan akan membuat phd. Pada hari ini juga kami tubuhkan Kumpulan Phd UiTMT yang diketuai oleh Mohd Zamri Jusoh bagi merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk kami. Terima kasih untuk semua penceramah yang sudi meluangkan masa mereka di sini. Sempat juga kami meraikan mereka bersama Pengarah Kampus dan TNC akademik Dr Mustaffa malam tadi.

Kenduri Aruah dan Kesyukuran rumah Kak Yah


Insetead of attending Majlis Malam Kecemerlangan Pelajar malam ni, kami sekeluarga ke rumah Kak Yah dan Abang Mat yang mengadakan kenduri kesyukuran (anak Nora baru menamatkan pengajian di UK) dan kenduri aruah. Sempat juga buat dadih chocolate and strawberry buat mereka.

Shopping di Rantau Panjang



Sebaik sahaja sampai rumah pada jam 5:30 petang hari khamis, saya tukar bag dan meneruskan perjalanan ke Machang. Hubby ada Mesyuarat Pengurus-pengurus asrama yang bermula jam 8:30 malam. Alhamdulillah, kami sampai di UiTM Machang pada pukul 9:00 malam bersama Mak Da, Awin dan Farid. Teringat kembali peristiwa-peristiwa sewaktu kami berkhidmat di kampus ini pada tahun 2004 dan 2005. Ehmm.. hari Jumaat, masa depa meeting, kami pun mengambil kesempatan ke Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh untuk shoping Hari Raya. Sempat juga mengikut satu set Corelle untuk hari raya nanti. Alhamdullillah, semua dah dapat baju raya. Geramnya tengok harga tudung yang murah sangat. Kami balik hari Sabtu, sampai jam 6:00 petang. Oooo ada dinner dengan Dr Fauziah and Dr Rahmah pula malamnya...

Wednesday, August 6, 2008

TOT on Curriculum, Testing and Evaluation


Kesempatan yang diberikan untuk menghadiri program ini amat saya hargai. Selain dari berpeluang mengetahui perkembangan terkini mengenai policy penyediaan korikulum semasa, saya juga berkesempatan mempelajari penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam menyediakan soalan peperiksaan. Ilmu dari Prof Dr. Mustafa Mohd Ghazali, di perturunkan kepada kami dengan harapan proses ini akan disampaikan kepada pensyarah-pensyarah lain nanti. Sempat juga bertanya pendapat beliau mengenai penggunaan teaching portfolio dan kewujudan garis panduan penyediaannya. Terima kasih Prof...

Tuesday, August 5, 2008

Cute Anak Mama


Gambar terbaru haqim

Keluarga Danish Aiman



Minggu lepas ambil gambar Danish sahaja, Inilah gambar keluarga Danish bersama Mak Da. Di perjumpaan yang lepas juga, Badli mengeluarkan gambar aruah Shidah sewaktu meraikan hari jadi Mak Da.

Update 2011 - Sad to hear that perkahwinan mereka bertahan hingga ke 2010 sahaja. Semoga mereka menemui kebahagian bersama pasangan mereka masing-masing. Ameen..

Lawatan ke PC fair



Lawatan ke PC fair adalah salah satu lawatan yang sering saya tunggu-tunggu. Tahun ni saya bernasib baik kerana pc fair diadakan sewaktu saya menghadiri kelas di Shah Alam. So kami datang awal. Selepas ke library, kami ke PC fair menaiki bas( dah lama juga tak naik bus). Tujuan ke PC Fair kali ini adalah untuk mendapatkan mini portable PC. Dari 5 halls hanya 3 yang sempat kami lawat. Akhirnya terikutlah mini portable EEEPC ni. Okay lah untuk mobile use sebab skrinnya 8" tapi tak boleh nak buat programming.

Sunday, August 3, 2008

Last day of class for this semester

Today is the last day of lectures on research and methodology in UiTM Shah Alam. A lot of information and new knowledge have been discovered and gathered during the duration of 5 days. Thanks to Dr. Chan, Dr Parmjit, Dr Gunalam and Madam Panjit for all the knowledge on research and methodology. Now, the road ahead of me is much more clearer. Nevertheless, this is the beginning. The journey to the no man land has just started.

Saturday, August 2, 2008

Misha, Mukhlis dan Marwan


Lama tak jumpa anak kembar Md Noh dan Ina. Dah besar dah dia orang. Minggu ni, saya hantar PC Haqim untuk Masha.

Haqim dan ayah chik




Minggu lepas ayah chik bawa kami makan di Kelab Shah Alam. Seronok juga tengok gelagat Haqim dan Tok Chik dengan telefon 3G baru.

Friday, August 1, 2008

Kursus Testing and Evaluation

   

Pada 27 dan 28 hb Julai yang lepas, kami menerima kehadiran PM Dr. Bakar datang untuk menjelaskan teknik untuk membuat soalan dan penilaian. Terima kasih kepada Dr Bakar diatas penerangan yang memberikan impak kepada peserta. Di mesyuarat akademik pun dibincangkan mengenai kursus ini yang sepatutnya diberikan kepada semua pensyarah di UiTMT.

Kedai Sate Hj Samuri


Semalam, lepas meeting akademik, kami dan Mak Da bertolak ke Shah Alam. Niat hati nak pergi ke PC fair and library dahulu sebelum ke kelas nanti. Nice journey. Maklum dengan tayar baru (There goes duit subsidi minyak kami tahun ini). Sampai di simpang ke Gombak, hubby ajak kekedai sate Hj Samuri. Ehmm sebelum ni tak mention pun. apa lagi, macam orang mengantuk diberikan bantal. Besar juga kedai ni, dan sate nya pun sedap dan besar. Cuma yang tak berapa seronoknya, rasanya hampir semua pelayan kedai adalah orang seberang. Sampai di Shah Alam dalam pukul 10:00 malam, lepas hantar Mak Da, hantar pula komputer ke rumah Masha.