Sunday, April 23, 2017

Keratan Baru

Dah lama tak beli cutting baru. Hari ini sampai cutting dari Akido Figs dari varieti berikut – Early Violette, Borjousette Noire, Des Far De Cola, Excel dan Gentile, Berbelit lidah nak menyebutnya. Tapi yang best tu dapat percuma keratan Manresa dan Purple Jordan. Terima kasih penjual keratan.

keratan baru Comel balutannya Smile

30/4/2017 – Setelah seminggu dalam kotak Spagnum, bila dibuka hari ni, keratan ini pernuh dengan kulat. Berbeza sekali dengan keratan Black Jack. Mungkin Spagnum yang digunakan agak lembab. Mungkin juga keratan Black Jack lama terendam dengan Kitosan Jauh beza hasil kedua-dua bekas.

Anyway, inilah keratan selepas dimasukkan kedalam bekas.

cutting

Manressa telah di’kahwin’ kan dengan pokok yg tinggi tapi tak berbuah T61. Ada beberapa pucuknya dibuat T-Grafting dengan beberapa pokok (Tak mengharap kalau ada rezeki Alhamdulillah ).

Petang tadi dah masuk dalam bekas untul rooting dengan menggunakan Spagnum moss kali ini. Nanti lepas seminggu kita tengok hasilnya ye

cutting6

Keratan dari Akido Figs

cutting5

Keratan BTM yang dipotong bagi membolehkan pucuk baru keluar dan berbuah.

Buah Tin Hari Ini

Alhamdulillah inilah kali pertama saya dapt 3 buah tin serentak. Selalu sebiji sehari kalau ada. Hari ni ada White Genoa, NoId dan iraqi. Iragi diberikan kepada Kak Ana yang datang pagi tadi untuk merasa buah tin sebab dia tak pernah rasa buah tin.

buah

White Genoa dan NoId yang dibeli dari RM Nursery last time dan daun-daun mereka.

wg2noid3

Ehm rasa macam nak buat satu lagi indeks lah koleksi buah-buah tin dilaman D’Melati Smile

Saturday, April 22, 2017

Grafting 6–BJ and albicur

Menghabiskan keratan yang diberi oleh Zura so terhasillah cantuman-cantuman berikut:

graf3

Black Jack and Albicur

graf4

Black Jack and Albicur

graf5

Red Libya dan Nerino

graf6

Jambo dan Nerino

Wah..hopefully semuanya menjadi diLaman D’Melati. Terima kasih Zura..

Friday, April 21, 2017

Grafting 5–BTM&Victoria, MDA & Albicou

grafting

Test grafting tool dan grafting tape malam ini dari pucuk yang diberikan oleh Zura. Inilah hasilnya Smile Semoga berhasil dan hidup dengan subur diLaman DMelati

Wednesday, April 19, 2017

Grafting tool dan penimbang buah

Hari ini dapat these new toys

 

photo_2017-04-19_23-03-38

Grafting tool lah untuk cantumkan pokok

photo_2017-04-19_23-03-03

Penimbang untuk timbang buah Smile

Sedang tunggu grafting tape pula dari Zura dan keratan …

Monday, April 17, 2017

Quality Control–Senarai Pokok

Kalau ikutkan list dalam ni dah ada 100 pokok tin, tapi bila kira pasu tak sampai pun 100 so hari ni buat quality control match senarai dan anak pokok sebenar. Memang bilangan pokok berkurangan sebab ada yang mati masa musim hujan yang lalu dan ada juga yang telah berpindah tangan Smile.

ini senarainya :

senarai pokok 

Seem like senarai dari T51 ke T100 ok, senarai T30 an yang banyak missing sebab pokok BTM6 ini ditanam di dalam polybag hitam last time. So lepas count pasu pokok saya ada dalam 7 ke 8 nombor yang boleh direcycle. kena cari which one..

Sunday, April 16, 2017

Saturday, April 8, 2017

Pokok yang meriah berbuah

Jika ditanya pada saya pokok apa yang meriah berbuah dilaman saya. Bukan Black Jack,BTM6, TGF atau MDA. ini jawapan saya

  1. Iraqi
    Benarlah kata sifu yang pokok ini bila dah berbuah akan terus terusan berbuah. Kedua-dia pokok iraqi saya berbuah lebat. Lebih 10 biji setiap pokok. Cuma buahnya agak kecil dan tidak begitu manis.
  2. Goulborn
    Pokok ini berbuah selepas 2 bulan setengah.
    goulbon1goulbon2
    dan anak ketamnya keluar disetiap daun..
  3. Red Saudi
    Selepas semboh dari diserang gnat dan media yang tidak sihat, pucuk baru keluar bersama mata ketam disetiap daun. Begitu juga dengan Red Saudi -02
    rs3ars3b
  4. B1011
    Pokok ini tak sampai pun 3 bulan lagi tapi banyaknya mata ketam.
    b1101ab1101b
  5. Conadria
    Sama seperti B1011, pokok ini tak sampai 3 bulan tapi dah banyak mata ketam
    conadria2
  6. BJH
    Pokok ini ada mata ketam disetiap daun tapi daunnya tak begitu banyak macam B1011 dan Conadria
    bjh2
  7. No ID
    Pokok ini juara buah. Saya tak tahu variety apa tapi rasanya dah lebih 30 biji buah dipokok ini yang saya sampul.
    noidb
  8. Lisa juga banyak anak ketam

  9. Black Mission juga banyak anak ketam

Lepas pokok-pokok ini berbuah, nak tut untuk diperbanyakkan variety-variety ini dilaman D’Melati

Membungkus buah tin

13/4/2017 -

photo_2017-04-13_14-15-47

dah habis sampul buah ni…jap lagi gi cari yang baru..

bungkus

Dah tinggal separuh. That means sehari dua ini saya dah bungkus lebih 50 biji buah tin. dicampur dengan bungkusan yang lalu rasanya dah lebih 100 biji buah tin dan masih ada banyak lagi mata ketam yang naik. Syukur Alhamdulillah, kalau semuanya menjadi dapatlah kami berbuka dengan buah tin ramadhan nanti. Ameen…

Keratan dari BJ01 dan BJ02

Pengalaman memangkas pokok-pokok lama tiga minggu lepas menyaksikan tunas baru keluar dengan baik menyebabkan saya memangkas beberapa pokok lagi yang saya tanam pada tahun lepas yang tidak berbuah. Diantaranya adalah T01- Black Jack 01, T02- Black Jack 02 dan dahan terakhir SV yang saya tinggalkan in the case pemangkasan menyebabkan pokok mati.

21/4/2017 – Kotak ajaib telah dibuka. Satu diberikan kepada Bob untuk ditanam. Yang lain telah dimasukkan dalam bekas. Berikut adalah keratan-keratan yang telah mula bercambah.

cutting3

cutting2

Ini adalah keratan dari pokok Texas Everbearing yang menghadapi masalah  terlebih air minggu lepas. Hopefully keratannya akan menghasilkan pokok baru untuk saya rasai buahnya Smile.

cuttin4cutting4

Cutting Black Jack yang sudah berakar.

 

So inilah keratan yang perlu diuruskan hari ini :

keratan blackjack

Hopefully akan tumbuh pucuk baru dan terus berbuah pucuk pucuk tersebut. Ada yang berminat dengan keratan Black Jack dan BTM6. Datang ambil sendiri kalau berminat. By petang ni kalau tiada yang datang saya simpan dalam kotak ajaib 2 minggu..

P100-Negrito Pretinho-01

Katanya pokok ini buahnya lonjong. Pokok kedua yang dibeli dari laman Abe Che sewaktu kawatan ke KB pada 25 Mac yang lalu. Ini contoh buahnya. Varieti berasal dari Brazil, masak hitam dan meriah berbuah. Ini adalah pokok cadangan dari En Musa bila saya mahu beli pokok yang senang dan banyak buah. Semoga ianya membesar dengan sihat di Laman D Melati dan berbuah dengan banyak.

imageimage

Saya recycle kotak polisterin sebab pasu 17 in kehabisan stok di DIY Dungun

np2

Pokok yang dibeli dari En Musa – RM90.00

NP

T99–Palau 01

Sudah 3 kali saya beli keratan pokok ini tapi tak hidup. At last saya tanam juga pokok ini yang dibeli dari Mall Abe Che Smile. Semoga ianya hidup subur dan berbuah dengan banyak sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini. Katanya varieti ini suka berbuah dan buahnya sedap. Katanya variety ini berasal dari Republic Checoslovaki.

1st Jun 2017 – At last selepas beberapa bulan, pokok ini tidur tanpa daun, pokok ini akhirnya mula bangun dan berpucuk serta berdaun. Alhamdulillah. Semoga ianya terus subur dan membesar. Dapat saya merasa buah palau.

photo_2017-06-01_21-51-30

Buah pokok palau dari laman Abe Che sendiri

imageimage

he he tanam dalam bekas polisterin ni banyak sangat kat rumah dari membazir tu. Saya perasan tanah dalam ni lagi banyak dari bekas 17 in.

palau2

Anak pokok yang dibeli dari Abe Che pada 25/3/2017. Mahal juga pokok ni RM150.00

palau