Sunday, April 23, 2017

Keratan Baru

Dah lama tak beli cutting baru. Hari ini sampai cutting dari Akido Figs dari varieti berikut – Early Violette, Borjousette Noire, Des Far De Cola, Excel dan Gentile, Berbelit lidah nak menyebutnya. Tapi yang best tu dapat percuma keratan Manresa dan Purple Jordan. Terima kasih penjual keratan.

keratan baru Comel balutannya Smile

30/4/2017 – Setelah seminggu dalam kotak Spagnum, bila dibuka hari ni, keratan ini pernuh dengan kulat. Berbeza sekali dengan keratan Black Jack. Mungkin Spagnum yang digunakan agak lembab. Mungkin juga keratan Black Jack lama terendam dengan Kitosan Jauh beza hasil kedua-dua bekas.

Anyway, inilah keratan selepas dimasukkan kedalam bekas.

cutting

Manressa telah di’kahwin’ kan dengan pokok yg tinggi tapi tak berbuah T61. Ada beberapa pucuknya dibuat T-Grafting dengan beberapa pokok (Tak mengharap kalau ada rezeki Alhamdulillah ).

Petang tadi dah masuk dalam bekas untul rooting dengan menggunakan Spagnum moss kali ini. Nanti lepas seminggu kita tengok hasilnya ye

cutting6

Keratan dari Akido Figs

cutting5

Keratan BTM yang dipotong bagi membolehkan pucuk baru keluar dan berbuah.

0 comments:

Post a Comment