Wednesday, April 3, 2013

Ketupat Sotong

20130403_152408

Bertandang kerumah orang Terengganu, bawalah sebekas ketupat sotong, pasti kehadiran kita dirai dengan senyuman menawan. Saya masih belum berjumpa orang Terengganu yang tdak suka ketupat sotong. Makanan kegemaran abah dan kaum keluarga yang lain. Hari ni dipasar, sotong untuk buat ketupat sudah mula menampakkan diri. Kalau hari biasa, harga sotong mencapai RM20.00 sekilo, hari ini saya dapat sotong ini dengan harga RM10.00 sekilo. Saya diajar 2 resepi ketupat sotong. Satu yang traditional dan satu lagi yang express :). Kita mula dengan yang express dulu ye..

Resepi ketupat sotong

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk pulut – rendam 3-4 jam
  • 1 kilo sotong sederhana besar
  • 2X RM2.00 santan – dalam 2 cawan
  • 2 ulas bawang merah dimayang
  • 1 in halia dihiris halus
  • sedikit alba
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh garam

Kaedah 1

  1. Tanak pulut dalam periuk dengan air yang sama laras dengan pulut. Sejukkan.
  2. Masukkan pulut dalam sotong dan tutup sotong dengan pencungkil gigi atau lidi kecil
  3. Masukkan kepala sotong dalam periuk bersama bawang merah hiris dan halia hiris.
  4. Masukkan satu bungkus santan dan masak seketika.
  5. Masukkan alba, lada hitam dan garam
  6. Masukan sotong dan lebihan santan. Saya tidak masukkan air kerana sotong akan mengeluarkan air apabila dimasak.
  7. Sotong perlu dikacau bagi mengelakkan santan dari naik minyak. Biarkan mendidih seketika dan sotong telah masak sebelum diangkat.

Kaedah 2

  1. Masukkan pulut dalam sotong separuh penuh.
  2. Masak dalam air seketika sehingga pulut masak.
  3. Masukkan bawang hiris, lada hitam dan halia.
  4. Masukkan santan
  5. Masukkan alba dan perisa garamnya sebelum diangkat.

Nota:

1) saya suka kaedah pertama kerana sotong tidak dimasak dengan lama. Sotong yang dimasak lama akan kenyal dan tidak sedap dimakan.

2) Gunakan sotong yang baru  dan santan segar.(sotong  dan santan yang telah disimpan dalam peti sejuk tak sedap)

3) Saya masak kepala sotong berasingan dengan badan. Ada juga yang suka memasukkan kepala sotong dalam badannya sebelum diletakkan pengcungkil gigi. Saya perhatikan ramai juga yang tidak suka kepala sotong. Kalau buat kaedah ini, kuantiti pulut kurang dan banyak kepala sotong yang tidak dimakan. sayang…

Selamat mencuba, so next time gi rumah orang ganu jangan lupa bawa ketupat sotong : )