Tuesday, February 5, 2013

Talam Sagu/Tokyo

Saya masih mencari sebab kenapa talam ini dinamakan Talam Tokyo. Saya peminat kuih yang ada biji sagu, so definitely saya nak cuba buat kuih ini. So inilah versi kuih Talam Tokyo saya.

20130205_075612

Saya dah reduce the amount of ingredients dari resepi asal dan ubah kiraan ukuran kepada cawan Smile. Senang saya nak buat lagi kuih ini in the future. Bagi yang berminat untuk mencuba resepi ini, saya alu-alukan..

Bahan A (Bawah)

  • 1 cawan sagu (rendam 30 minit)
  • 1 genggam soo hoon (yang 6 in tu direndam 30 minit dan digunting kecil-kecil )
  • 1 cawan kelapa muda parut (bahagian putih sahaja)
  • 1/3 cawan santan pekat + 1 cawan air
  • 11/2 sudu besar gula

Campur semua bahan. Letak dalam bekas (7in X 7in) yang telah dialas plastik dan diletak sedikit minyak. Kukus dalam 25 minit.

Bahan B ( Atas)

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air
  • 1 cawan tepung kastad
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perasa pandan
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh  air kapur

Kaedah membuat

  1. Campur bahan cecair (telur, santan + air ) dalam blender. Masukkan bahan-bahan lain kecuali air kapur. Blend sebati (jangan lama sangat nanti adunan kembang )
  2. Masak adunan sehingga naik wap, masukkan air kapur, kacau sebati. Tuang atas bahagian bawah.
  3. Kukus sehingga  masak (30 minit)
  4. Biar kuih sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba..First time makan kuih ini, emak kata sedap, hubby makan 4 potong and saya beri A+ sedap (perasan lah ni).serious kuih ni memang sedap…

2 comments: