Sunday, February 17, 2013

Talam Cendol

20130216_073909

20130216_121342Saya buat talam ini sebagai buah tangan ke majlis perkahwinan Faisal (Anak kak Faezah ) yang diadakan di Kuala Berang pada hari ini 16/2/2013. Kuih ini mendapat perhatian tetamu-tetamu yang berada didapur sehingga saya menyimpan beberapa potongan dalam peti sejuk untuk tuan rumah sebelum ianya kehabisan. Ehm sedap kuih ini yang resepinya saya ambil dari laman Rohah. Terima kasih. Untuk kali pertama juga saya menggunakan bekas 10 X 10 X 3 in bagi mengukus kuih ini. Bagi yang berminat untuk membuatnya, here is the resepi yang saya telah olah sedikit sebagai peringatan dimasa hadapan Smile.

Bahan-bahan bahagian bawah

  • 200gm tepung beras (11/2 cawan)
  • 1 kotak santan (200ml) + 500 ml air
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 150gm gula (1 cawan)
  • 1 tsp garam
  • sedikit minyak masak
  • 2-3 cawan cendol yang telah ditoskan air.

Kaedah membuat -

  1. Panaskan pengukus
  2. Sediakan loyang kukusan – sapu sedikit minyak masak dan alas dengan plastik. Sapu sedikit minyak masak lagi atas plastik.
  3. Masukkan santan dan air dalam blender. Masukkan bahan-bahan lain kecuali cendol. Blend adunan.
  4. Masak adunan sebentar dalam periuk sehinggan naik wap.
  5. Masukkan cendol dan kacau rata.
  6. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus 25 minit.
  7. Cakar sedikit permukaan adunan yang telah masak dengan menggunakan garfu.

Bahagian atas.

  • 2 keping manisan + 3 sudu besar gula + 500 ml air – panaskan sehingga manisan cair  menjadi air gula.  Sejukkan seketika.
  • 150 gm tepung (Dalam satu cawan – saya lebihkan sedikit kerana saya menggunakan lebih telur)
  • 4 biji telur gred B
  • I kotak santan
  • 1 tsp garam

Kaedah membuat

  1. Masukan air gula, santan garam dan telur dalam blender. Masukkan tepung. Blend rata. (Always masukkan cecair dalam blender sebelum tepung bagi memastikan tepung tidak melekat di bahagian bawah blender)
  2. Masakkan adunan sebentar dalam periuk sehingga naik wap.
  3. Tuang  keatas adunan bahagian bawah yang telah dimasak tadi. Kukus lagi selama 30 minit.
  4. Biarkan betul-betul sejuk sebelum ianya dipotong.

Selama mencuba.

20130216_074647

0 comments:

Post a Comment