Sunday, February 17, 2013

Kuih Tako

20130217_204054

 

20130217_160254Ini adalah buah Sengkuang Cina atau dikenali sebagai water chest-nut. Rasanya sama dengan rasa sengkuang yang kita biasa makan, cuma lemak sedikit. Mungkin ramai yang tak tahu, ianya digunakan sebagai bahan dalam kuih tako. Yep hari ini teragak nak makan kuih tako disamping menghabiskan tepung hoen kwe yang telah berzaman saya beli tu. Resepi kuih ini saya ambil dari laman dapurIntan. Kat laman tu ditunjukkan sekali kaedah membuat kelongsong kuih ni.Saya tak ada daun pandan yang besar-besar tu so, kuih tako saya dok dalam bekas plastik Smile.

 

Okay ini adalah resepi kuih tako yang saya sediakan untuk 10 bekas plastik bulat yang kecil.

Bahan-bahan lapisan bawah

  • 4 sudu besar tepung hoen kwe putih
  • 21/2 cawan air
  • 2/3 cawan gula
  • sedikit pewarna hijau dan sedikit esen pandan
  • 3 biji sengkuang cina - di potong dadu kecil dan masukkan dalam bekas plastik

Kaedah -

  1. Campurkan tepung, air, esen, pewarna dan gula dalam kuali. gaul sebati.
  2. Masak sambil dikacau sehingga adunan pekat  dan meletup-letup.
  3. Masukkan adunan dalam bekas, biar sejuk seketika.

Bahan-bahan lapisan atas

  • 4 sudu besar tepung hoen kwe putih
  • 2/3 cawan santan pekat + 2 cawan air
  • sedikit garam

Kaedah -

  1. Campurkan semua bahan  dalam kuali. Gaul hingga sebati
  2. Masak sambil dikacau sehingga adunan pekat dan meletup-letup.
  3. Masukkan adunan dalam bekas.
  4. Sedap dimakan sewaktu sejuk.

20130217_204211

Penuh bekas ini dengan adunan Kuih Tako dan saya memerlukan masa untuk menghabiskan kuih dalam satu bekas. Next time saya rasa 1/2 kandungan bekas saja sudah mencukupi. (Actually saya hanya ada 10 bekas sahaja kat rumah masa buat kuih ni. Adunan ini boleh menghasilkan 10 – 18 bekas.) Selamat Mencuba…

1 comment:

  1. sedapnya..nk cubalah,terima kasih untuk resepi ini. jemput singgah blog saya : http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete