Sunday, February 17, 2013

Puding Roti

20130212_182629

Dr Mazidah pernah berpesan, “kalau you buat puding roti berilah I sedikit “, kuih yang ringkas dan mudah untuk dibuat, tapi ini adalah kali pertama saya masak puding ni. Saya suka rasanya, tapi sorry Maz, saya buat sedikit aje this time. InsyaAllah the next time saya buat lebih sedikit untuk Maz ye. Terdapat banyak resepi puding roti di Internet, saya terpikat dengan gambar puding roti dilaman Pn Marsita. So this is the resepi yang saya gunakan untuk menghasilkan puding roti dan sos vanilla ini.

Bahan-bahan

  • 10  keping roti
  • 300 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar kismis
  • 1 sudu besar mentega – dicairkan
  • 1 sdt essen vanilla
  • Sedikit kacang – saya guna hazel nut yang ada dlm peti sejuk, ditumbuk sedikit.

Kaedah membuat

  1. Panaskan oven – 180 C (oven saya)
  2. Pukul telur dan gula seketika. Masukkan susu, mentega dan gaul rata.
  3. Masukkan kismis, essen vanilla, Kacau rata
  4. Griskan loyang atau acuan, carik-carikkan roti ke dalam acuan/loyang. Tuangkan adunan yang telah dipukul ke dalam roti sehingga ia meresap kedalam roti.
  5. Biarkan sebentar supaya adunan meresap dan sebati dengan roti.
  6. Tabur kacang atas adunan.
  7. Masak dalam oven hingga permukaannya kekuningan 20 minit menggunakan suhu bawah sahaja, 10 minit menggunakan suhu atas dan bawah.

Sos Vanilla

  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 cawan susu segar + 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus oren  (Sunquick)
  • 1 sb butter

Cara:

Campur dan kacau rata semua bahan di atas kecuali butter, dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan kacau selalu. Bila dah pekat tutup api dan masukkan butter. Kacau lagi. Sedia di hidang bersama puding.

Kuih ini habis dalam masa 1 jam. sedap…

0 comments:

Post a Comment