Wednesday, February 20, 2013

Mac and cheese

20130219_195145

Inilah diantara pengaruh dari food channel. Dinner kami semalam Mac and Cheese, salmon bakar dan salad sengkuang cina.

20130219_195316

Saya melihat Mac and Cheese dalam beberapa program tv sepanjang minggu lepas. Terasa nak buat pulak. Kebetulan ada macaroni, cheese dan susu. So here it goes…

Bahan-bahan

  • 1 cawan macaroni
  • 1/4 batang mentega
  • 1/2 cawan tepung
  • 11/2 cawan cheese (tak boleh banyak-banyak takut muak. 1 cawan untuk dicampur dalam masakan, 1/2 cawan ditabur atas mac and cheese sewaktu membakar. Saya guna Mozzarella cheese)
  • 1 sudu teh  serbuk nutmeg (saya tambah)
  • 1 sudu teh serbuk lada (saya tambah)
  • sedikit garam.

Kaedah

  1. Panaskan air dalam periuk, masukkan 1 sudu besar garam dan rebus macaroni sehingga masak (10-12 minit), tos
  2. Panaskan oven 250C (oven saya)
  3. Panaskan butter dalam periuk, masukkan tepung gandum dan kacau sebentar – 2-3 minit.
  4. Masukkan susu, biar panas sekejap (sehingga keluar wap).
  5. Masukkan cheese (tinggal sedikit untuk membakar ) dan terus mengacau sehingga cheese cair dan kuah pekat. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit susu / air.
  6. Masukkan garam, serbuk nutmeg dan serbuk lada.
  7. Masukkan macaroni dan kacau sebati. Boleh dimakan terus atau dibakar sebentar dalam oven.
  8. Untuk membakar, masukkan mac and cheese dalam bekas, taburkan cheese diatasnya dan bakar untuk 10-15 minit menggunakan api atas dan bawah.

Saya suka, walaupun ianya agak muak sikit sebab kita tidak dilatih untuk makan cheese dari kecil, tapi sedap. Sekali sekala okay kot. Salad sengkuang cina mengurangkan sedikit rasa muak tu. This morning, kembali ke Malaysia dengan macaroni goreng mamak style :).

20130220_075157

Bila nak buat carbonara pulak?…

0 comments:

Post a Comment