Wednesday, February 6, 2013

Talam Kacang Merah

20130206_170811

Ada meeting dengan Mazidah dan Nazmi petang ni. Tengah kemaruk buat kuih talam, so hari ni saya buat talam kacang merah untuk mereka. Tidak ingat dari laman mana saya salin resepi ini. Tapi saya dah ubah sikit sukatannya to suit selera saya. Gambar tak berapa molek sebab saya potong sewaktu ianya masih panas bagi membolehkan saya bawa ke ofis tadi. So bagi yang berminat, berikut adalah kaedah saya buat kuih ini yang saya kira amat mudah..

Bahagian Bawah

  • 1/2 tin kacang merah dalam tin 400ml (blender sikit tapi jangan sampai hancur.
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 cawan gula
  • 1 /2 cawan santan pekat (kotak) + 1 cawan air + sedikit garam
  • pewarna merah

Kaedah membuat

  1. Panaskan kukusan.
  2. Minyakkan loyang 7 in X 7 in  dan lapik dengan plastik.
  3. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend beberapa kali sehingga sebati.
  4. Masukkan kacang merah dan gaul hingga rata
  5. Tuang adunan dalam loyang, ratakan dan kukus selama 30 minit.

Bahagian Atas

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan pekat (kotak) + 1/2 cawan air + sedikit garam
  • 2 sudu besar gula

Kaedah membuat

  • 5 minit sebelum tamat mengukus bahagian bawah, satukan semua bahan dalam blender dan blender beberapa kali sehingga sebati. (Jangan blender terlalu lama nanti adunan berbuih)
  • Selepas masak bahagian atas, keluarkan loyang dari kukusan. Sekiranya ada air diatas adunan, buang air tersebut terlebih dahulu.
  • Dengan menggunakan garfu, carik sedikit bahagian atas adunan
  • Masakkan adunan bahagian atas sehingga naik wap.
  • Tuang adunan bahagian atas keatas adunan bahagian bawah. Ratakan adunan dibahagian atas.
  • Kukus lagi selama 25 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

Worth buat kuih ni sedap. Tahap kemanisan kuih ini adalah manis-manis buah sahaja. Bagi mereka yang suka kuih yang manis bolehlah tambah gula lagi dalam adunan bawah dan atas.

Selamat Mencuba…

0 comments:

Post a Comment