Monday, August 11, 2008

Shopping di Rantau Panjang



Sebaik sahaja sampai rumah pada jam 5:30 petang hari khamis, saya tukar bag dan meneruskan perjalanan ke Machang. Hubby ada Mesyuarat Pengurus-pengurus asrama yang bermula jam 8:30 malam. Alhamdulillah, kami sampai di UiTM Machang pada pukul 9:00 malam bersama Mak Da, Awin dan Farid. Teringat kembali peristiwa-peristiwa sewaktu kami berkhidmat di kampus ini pada tahun 2004 dan 2005. Ehmm.. hari Jumaat, masa depa meeting, kami pun mengambil kesempatan ke Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh untuk shoping Hari Raya. Sempat juga mengikut satu set Corelle untuk hari raya nanti. Alhamdullillah, semua dah dapat baju raya. Geramnya tengok harga tudung yang murah sangat. Kami balik hari Sabtu, sampai jam 6:00 petang. Oooo ada dinner dengan Dr Fauziah and Dr Rahmah pula malamnya...

0 comments:

Post a Comment