Salah satu lagi masakan di Terengganu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga termasuk emak. Buat masa berbuka puasa, pasti tambah nasi masa berbuka . Resepi ini saya belajar dari Semek sewaktu majlis perkahwinan Samsul dulu, dimana ini adalah sayur yang disediakan oleh mereka (Tak boleh bayang berapa banyakkah mangga muda yang diperlukan.)
Ini adalah bahan-bahannya untuk satu mangkuk.
- 1 biji mangga muda (saya suka mangga epal yang dah nak masak, tak berapa masam).
- 1 ekor ikan selayang (besar) atau 2 ekor selayang kecil
- 3-4 sudu santan pekat (saya panaskan sedikit guna mikrowave)
- 2 biji bawang merah
- 3 biji cili padi
- 2 helai daun cekur
- 2 helai daun kaduk muda
- sehelai daun kunyit muda
- satu batang serai (saya ganti dengan daun limau purut, makan serai nanti angin satu badan )
- sedikit garam.
Kaedah membuatnya
- Ikan direbus, dibuang tulang dan dihancurkan
- daun cekur, daun kaduk, daun kunyit serta serai/daun limau dihiris halus.
- bawang merah dan cili padi dimayang halus.
- Sediakan semua bahan dan campur sebelum makan nasi.
Nota: Kerabu ini tidak boleh disimpan sekiranya tidak habis kerana santannya akan rosak selepas beberapa jam.
0 comments:
Post a Comment