Selain dari nasi sup, nasi minyak/nasi hujan panas dan nasi dagang, satu lagi hidangan pagi yang digemari di Terengganu ialah nasi air. Di tempat lain ianya dikenali sebagai bubur nasi, cuma bezanya diTerengganu ianya dimakan bersama sup ayam/daging. So tiadalah telur asin atau kacang goreng, tapi kalau letak sedap juga. Tambah lagi dengan kuah kicap . Memang banyak kedai di Dungun yang menjual nasi air tapi yang paling best (ikut citarasa sayalah) adalah nasi air di sebuah kedai makan disebelah Pusat Zakat Dungun. Cuma di kedai tersebut, makanan ini hanya mula dijual lepas pukul 9:00 pagi (mungkin nak sediakan sup lama sikit kot).
0 comments:
Post a Comment