Tuesday, September 27, 2011

JJCM – Nasi Sup

Di Terengganu, kebiasaannya makan pagi dihidangkan dengan makanan yang berat seperti Nasi Minyak, Nasi Air dan Nasi Dagang (Nasi berlauk tak ada ye..). Satu lagi nasi yang sering dihidangkan diwaktu pagi ialah Nasi Sup. Pagi ni saya bawa emak ke kedai Nasi Sup kegemarannya ditepi pantai.
IMG_1890
Inilah rupanya nasi yang dihidang bersama sup tulang, telur masin dan sambal. Nasi ini dijual di sebuah kedai kecil di jalan tepi pantai Dungun. Siapa sangka kedai kecil ni ada nasi sup yang sedap.
IMG_1897
Kedai di buka bermula jam 8:30 pagi dan kebiasaannya jam 11 pagi dah habis. Kalau datang jam 9:00, rasanya kena tunggulah tempat duduk yang terhad tu. Tapi disebabkan makanannya sedap, ramai juga yang sanggup share meja dengan group lain atau tunggu sehingga ada meja kosong. Satu set nasi ni cuma RM5.00 sahaja.
IMG_1891
Emak dah tak nampak sesiapa dah bila dapat makanan yang dah seminggu diidamkannya ni. Cubalah pasti nak datang lagi.

Nota 10 November 2012 - Kedai ini telah diruntuhkan dan telah ditutup. Ehm kena cari kedai nasi sup lain yang sedap pula.

0 comments:

Post a Comment