Monday, September 5, 2011

Hari Raya 2011

IMG_1260

Selamat Hari Raya, Mohon maaf segala silap dan salah samada yang disengaja atau yang tidak saya ketahui.

Masa berlalu begitu pantas, Hari Raya 2011 meninggalkan kenangan berikut:

  • Majlis berbuka dengan saudara mara  dari Terengganu dan Johor beberapa hari sebelum raya dengan berbagai-bagai makanan dari sate, nasi minyak, rendang dll.
  • Makan kek lapis dan chocolate chips selepas anak-anak saudara mandi – satu kenangan yang pastinya tidak akan berulang. Tahun depan mak tih buat kek lapis dan chocolate chips lagi ye..

2011-08-29 18.22.402011-08-31 09.09.01

  • Majlis BBQ pada hari kedua yang pastinya meninggalkan kenangan pada Che We yang di ‘terjunkan’ ke kolam selepas memotong kek hari jadi.

2011-08-31 19.14.24

IMG_1246IMG_1267

IMG_1249

  • Kali pertama tempah nasi dagang di pagi raya (rasanya next time saya buat sendirilah kot…)
  • Haqim makan kuih kegemaranya ( kuih sarang semut ) habis satu bekas dalam masa 2 hari !!!!

IMG_1826

  • Terima kasih Taufik and the gang yang sudi mengambil dan mengayam ketupat untuk hari raya. Pastinya ketupat nasi dan rendang 3 beradik, hidangan wajib dipagi raya.
  • Sibuk kesana kesini pada pagi raya, tak sempat nak ambil gambar keluarga. Ehm.. kena tunggu majlis berbuka lah pulak untuk ambil gambar dengan baju tema grey pada tahun ini Smile.

Terima kasih kepada semua sudara mara dan rakan yang datang bertandang ke rumah. Mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sewaktu bertandang kerumah kami. Panjang umur, murah rezeki, insyallah kita bertemu lagi. Ehm keratan dari Facebook:

raya1

raya2

p/s: Sorry Shamsul tak boleh ambil gambar sebab tak berapa jelas…

0 comments:

Post a Comment