Thursday, September 8, 2011

JJCM–Maggi Ketam

IMG_1276IMG_1277

Saya jarang makan maggi (teringat ustaz kat sekolah menengah dulu cakap, kalau makan maggi selalu nanti tak pandai ). Walaubagaimanapun, kami berhajat untuk mencuba kedai yang baru di buka berhampiran Sek Men Imtiaz. Menu utama yang dipamerkan ialah maggi ketam. Berbagai-bagai resepi maggi ada kat sini. So kami orderlah maggi ketam and maggi lala. OKlah..sedap juga maggi nya cuma bila nak bayar saya sedikit terkejut. Caj yang dikenakan adalah RM6.00 (untuk setiap mangkuk maggi) + caj mengikut gram harga seafood. Untuk ketam caj tambahan ialah RM7.50 dan RM3.50 untuk lala. Ehm RM13.50 untuk maggi ketam dan RM9.50 untuk maggi lala, I think it is a little bit expensive. Selain dari itu, masa pemprosesannya agak lama walaupun pada ketika itu tak berapa ramai orang. Rasanya susah sikit kot nak datang selalu kedai ini. Nasib baik magginya sedap. So bagi peminat-peminat maggi, inilah tempatnya untuk makan maggi sedap di Dungun .

2 comments:

  1. Replies
    1. Ikut Jalan Pantai, menghala ke Kuala Dungun, selepas sekolah Men Imtiaz, belok kiri. Kedai ni sebelah kanan about 50 meter from the junction..

      Delete