Benarlah kata pepatah berkasih biar satu, berkawan biar seribu. Hari ini saya dapat resepi ini dari Kak Sah (emak Che We ). Terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kami.
Bahan bahan
- 1 ekor ayam yang bezar (rugi nak buat sate beli ayam kecil)
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 1/2 buku bawang putih
- 2 in halia
- 4-5 batang serai
- 2 sudu garam
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 2 sudu besar kunyit debu
- 2 keping gula melaka (manisan di terengganu)
- 3 batang serai untuk merenjis sewaktu membakar
Kaedah
- Blender bawang putih,serai,halia.
- Potong isi ayam kecil kecil. (nota: tulang-tulangnya boleh masuk dalam kuah kacang sedap..)
- Gaul ayam, bahan yang diblender,garam,gula,kunyit dan jintan
- Perap sekurang kurangnya 4 jam
- Cucuk ayam pada lidi sate (nota: cucukkan bahagian berlemak di bahagian tengah sate)
- Cairkan gula melaka dengan sedikit air
- Campurkan minyak dari kuah kacang dalam gulamelaka untuk merenjis sate sewaktu membakar
- Sediakan bara api untuk membakar sate
- Gunakan kipas untuk memastikan api sekata (kami guna kipas letrik. :-)
- Bakar sate sambil direnjis dengan menggunakan larutan gula melaka
p/s kebiasaannya saya menggunakan minyak dan bawang putih yang ditumbuk sebagai bahan renjisan. Inilah kali pertama saya menggunakan manisan sebagai bahan renjisan.. sedap juga.
Selamat Mencuba…Saya nak cuba juga Raya Haji ni…
0 comments:
Post a Comment