Tuesday, September 20, 2011

Jamuan Hari Raya

Sekembalinya dari Shah Alam, saya membuat persediaan untuk mengadakan jamuan hari raya di rumah. Abah menjemput staf HEP dan resident staff ke rumah. Disamping itu, kami menjemput jiran berhampiran ke rumah untuk sedikit jamuan dan bersemuka. Kebiasaannya kami sibuk dengan urusan masing-masing dan sukar untuk melawat kerumah jiran. Kesempatan setahun sekali untuk semua jiran datang dan berkenalan with each other Smile.

IMG_1365

Menu tahun ini – nasi dagang, ketupat, rendang tiga beradik dan serunding, ketupat daun palas dan mee kari (tahun ini decide untuk buat mee kari instead of mee jawa). Sempat juga buat kek lapis dan puding buih untuk jamuan ini, selain dari bertujuan untuk menghabiskan kuih-kuih raya yang masih berbaki.

Kesibukan melayan tetamu, tak sempat nak ambil gambar majlis. Walaubagaimanapun, Terima kasih kepada semua kenalan dan jiran yang datang bertandang. Terima kasih pada Mubin yang bawa lemang. Terima kasih kepada dua orang pelajar yang membantu membasuh pinggan dan paling utama terima kasih pada emak yang membantu saya. Ehm kesempatan ini juga saya gunakan untuk berbual-bual dengan emak yang dah lama saya tidak berkesempatan untuk melakukannya. Kami bebesar hati bila ada kenalan dan jiran yang datang untuk berbuka puasa dirumah.

p/s beberapa nota

  • Harga kelapa yang naik mendadak menyebabkan saya terpaksa ke pasar kembali untuk beli santan!!!! Selain dari kuantiti yang telah berkurangan, kepekatannya juga telah berkurangan..Hmm nak buat nasi dagang, harga santan lebih mahal dari harga ikan?????? By the way..bawang kecil juga telah mula kurang dipasaran..adakah peristiwa tahun lepas akan berulang lagi? .
  • Untuk kali pertama saya menerima kehadiran beberapa mualimah sekolah Haqim yang sudi datang kerumah, terima kasih.
  • Usia yang meningkat telah memperlihatkan kesannya apabila terasa penat sekali selepas majlis selesai, Walaubagaimanapun, kepenatannya berkurang apabila melihat tetamu mengemari masakan yang disediakan. Berbaloi memasak rather than menempah makanan.
  • Baru perasan, buat nasi dagang, tidak membasir nasi sebab tak ada kerak macam nasi minyak atau nasi tomato Smile.

0 comments:

Post a Comment