Friday, September 23, 2011

Selera makan

nasi lemakKita selalu merungut tidak tahu nak makan  apa, atau makanan tidak sedap atau tidak mahu makan atas alasan untuk diet dll, tetapi kita jarang menghargai nikmat berselera untuk makan sehinggalah satu ketika semua benda yang kita makan terasa begitu pahit sekali. Itulah yang saya alami selama 2 hari apabila ada virus X yang memasuki perut ini dan menyebabkan ianya begitu berkecamuk sekali, selain dari meningkatkan bilangan ke bilik air. Akibatnya, saya tidak terasa untuk makan apa-apa pun. Apabila perut telah mula berbunyi, saya cuba juga telan sebiji donut, tetapi mengunyahnya begitu sukar kerana kuih yang manis terasa begitu pahit sehingga saya memerlukan satu gelas air untuk makan sebiji donut!!!.

 

antibody Antibodi dan antigen yang berperang menyebabkan badan begitu lemah dan tiada apa yang boleh saya buat melainkan tidur atau kebilik air Smile.

Natijahnya, berselera untuk makan adalah satu nikmat Allah yang tidak ternilai. Pagi ni, bersyukurnya saya kerana dapat menikmati kembali nasi lemak seperti biasa. Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment