Ehm.. dah tak nampak ikan dah.. memanglah gambar ini akan ditolak kalau nak letak dalam magazine ;). Anyway, memenuhi permintaan Yati ini adalah resepi ikan tiga rasa..
Bahan-bahan
- Ikan Siakap / bawal / Kerapu yang digaul dengan sedikit kunyit, tepung jagung dan garam.
- 1 biji epal hijau – dipotong dadu
- 1 biji tomato – dipotong dadu
- 1 biji bawang besar (sedang) – dipotong dadu
- 1/2 biji timun – dipotong dadu
- 3 keping nenas dalam tin – di potong dadu
- 1 biji cili merah dicincang
- 3 biji bawang putih – dicincang / hiris
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos chili
- 2 sudu cuka (saya tak bubuh kerana ada yg tidak boleh makan)
- 2 sudu gula pasir
- 2 sudu cili boh
- 2 sudu minyak untuk menumis
- 1/2 cawan air
- sedikit garam.
Kaedah membuat
- Ikan digoreng garing dan diketepikan
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili boh. biarkan seketika.
- Masukkan sos tomato, sos chili, cuka, garam dan gula pasir. Masukkan air untuk biarkan seketika
- Masukkan buah-buahan yang dipotong dadu – epal hijau, nenas, timun, tomato, cili merah. Gaul sehingga sebati dan boleh diangkat.
Nota: Kuah tiga rasa ini cukup untuk 2 hidangan ikan. Selalunya saya guna separuh untuk lunch and another half for dinner. Haqim suka kuah ini. So Yati cubalah…
0 comments:
Post a Comment