5 tahun lepas sewaktu mengambil Matrix dari bilik pameran , saya melihat kereta ini. Cuma masa tu rasanya kami tidak mampu untuk memilikinya. Alhamdulillah dimurahkan rezeki oleh Allah, semalam kami memiliki kereta yang telah lama saya idamkan ini. Di ambil di Kuantan bersama jurujual Honda Steven (Kalaulah saya ajar business, akan saya hantar students untuk mempelajari bagaimana menjadi seorang salesman yang berjaya dengan beliau :) )
Wajah gembira Abah dan Haqim sewaktu memandu kereta keluar dari bilik pameran.
2 perkara yang menyebabkan saya berpisah dengan TAP dan membeli kereta ini. Yang pertama, ada sumbangan dari ayah dan emak dalam pembelian kereta ini. Sekiranya ada pahala kebaikan dari membawa kereta ini, semoga ayah dan emak mendapat manafaatnya. Ia mendekatkan saya dengan aruah ayah. Pastinya kena fikir beberapa kali sebelum membawa kereta ini ketempat yang tidak berfaedah . Terima kasih ayah dan emak. Kedua, no plat kereta ini bermula dengan WWW. As a ‘computer people’ pastinya saya teruja dengan no plat ini (Tak ada kena mengena dengan kepercayaan Wang Wang Wang ye). Terima kasih Che We yang membantu saya mendapatkan no plat kereta ini.
Semoga kenderaan ini akan mengeratkan hubungan silaturahim sekeluarga dan memudahkan kami bergerak dari satu tempat ketempat yang lain Ameen..
0 comments:
Post a Comment