Tuesday, October 23, 2012

Kek Lobak + Walnut + Nenas

Saya memang tak berapa pandai buat kek or cookies. Sebab tu tak banyak resepi kek disini, but this is the first kek yang saya buat dan mendapat sambutan paling hangat :). At the end of 2 hours tinggal 1/4 portion ( reserve untuk emak). This is the easiest and the best taste kek lobak yang saya pernah buat ( ha..ha ). Other than that, ianya tidak menggunakan butter and tidak berapa manis. Saya share resepi kat sini for future references.

20121022_203944

Resepi asal kek ini saya ambil dari laman Noor Masri Terima kasih kerana sharing. Saya tidak buat icing – tak nak kek manis sangat – dah berumur ni kena jaga diet sikit :)

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung superfine (saya guna lebihan tepung Hong Kong yg digunakan untuk kek lapis pun okay)
  • 2 ct baking powder
  • 11/2 ct soda bicarbonate
  • 1 ct garam halus
  • 21/2 ct serbuk kulit kayu manis – banyak tapi sedap.
  • 4 biji telur
  • 11/2 cawan minyak jagung.
  • 11/2 cawan gula halus
  • 1 biji lobak disagat (1 cawan ).
  • 1 cawan nenas dalam tin yang telah ditos dan dicincang (Jangan terlalu halus atau kasar)
  • 1 plastik (60g) walnut yang ditumbuk kasar – (1 cawan) (This is the must items)

Kaedah membuat

  1. Panaskan oven ( Saya punya - 170 degree Celcius ).
  2. Lenser tin kek dan alas dengan kertas minyak
  3. Campur semua jenis tepung dan ayak.
  4. Dalam bekas, masukkan, telur, gula dan minyak jagung. Pukul sedikit dengan pemukul telur (yg tangan tu bukan dengan menggunakan mesin) sehingga sebati (dalam 5 minit) – Haqim really do it in 5 minutes.
  5. Campurkan bahan-bahan tepung yang telah diayak. Gaulkan sebati
  6. Masuk dan gaul lobak, nenas dan walnut. Apabila sebati, masukkan dalam bekas kek  9 in X 9 in X 3in.
  7. Bakar menggunakan api bawah sahaja dalam 1 jam.
  8. Sejukkan seketika sebelum dipotong.

Nota:

1.Resepi asal juga letak kelapa kering.

2. Saya menggunakan bekas 8 in X 8 in X 3 in. Kek saya agak tinggi dan menyebabkan ianya sukar untuk dipotong. Saya rasa menggunakan bekas  9 in X 9 in X 3 in adalah lebih sesuai,

Selamat Mencuba…

0 comments:

Post a Comment