Saturday, October 2, 2010

Kuih Rempeyek Emak

Inilah satu-satunya kuih selain dari kek lapis yang saya buat. Saya masih belum rasa kuih rempeyek sesedap yang emak buat, so raya ni, konon-kononnya nak belajarlah buat kuih tradisional ni dari emak.

Bahan-bahannya:

1.5 kilo tepung beras;

IMG_1356

bawang merah 6 biji

bawang putih 2/3 biji

jintan manis – 2 sudu

ketumbar – 3 sudu

ikan bilis  - 3 sudu

udang kering – 3 sudu

rempah yang dikisar

IMG_1357

2 paket santan (RM2.00) dan air secukupnya (ini masalah utama ni sebab emak bancuh tak pakai sukatan) adunan cair lagi dari kuih dadar

Telur 2 biji

kacang tanah dan ikan bilis yang telah dibasuh dan ditoskan.

Cara-cara membuatnya.

1. Campur semua bahan.

2. Panaskan kuali dan minyak.

3. Ambil satu senduk adunan, diletakkan kacang dan ikan bilis dan di lenser (betul ke perkataan ni) ditepi kuali yang telah dicurah minyak (supaya tak melekat). Curah minyak panas dengan menggunakan sudip keatas tepung tadi. Ini akan menyebabkan kuih terpisah dari kuali dan masuk dalam minyak panas. Goreng kuih dengan menggunakan api yang kecil (bagi memastikan kacang masak)

IMG_1359 IMG_1360

Inilah hasilnya dari 1.5 kg tepung beras yang mengambil masa 4 jam untuk disiapkan.

IMG_1361

Jika dihitung dari segi effort yang di peruntukkan untuk menyediakan kuih ini, rasanya baik beli aje kot..Tapi, masa untuk buat kuih ini tiada tertanding nilainya kerana untuk 4 jam saya dapat meluangkan masa dengan emak bercerita mengenai kenangan-kenangan silam yang pastinya tidak berlaku tanpa kuih rempeyek ini :) . Terima kasih emak kerana kongsi resepi dan teknik dengan saya..

0 comments:

Post a Comment