Tuesday, October 26, 2010

Home made pizza…..

Sudah beberapa hari, Haqim nak makan pizza, Ke Pizza Hut at least RM50.00 dah tentu, nak buat cheese tiada, so ke Shah Alam minggu lepas, singgah kedai barang kek untuk beli Mozarella cheese..and hari ini kami makan pizza, mushroom soup with garlic bread….Suka tengok Haqim makan…bahaya ni..

IMG_1582

Ehm.. kalau nak ikutkan harga barang dan kuantiti jauh lebih berbaloi dari makan di kedai..This is the second pizza..The first one habis dalam masa 15 minit, tak sempat nak ambil gambar pun..Yang ini ada lagi sebab nak bawa balik untuk anak saudara di Kuala Berang. Kasihan kat Haqim..next time mama buat lagi ye.

Yati, cubalah.. this is the resepi (taken from Pies & Puddings: Savoury Pies & Pastry) dan diolah mengikut cita rasa kami.

Toping:

  • sedikit ayam cincang (Kak Tih beli satu pek dan guna 1/4 darinya)
  • 5 biji cendawan butang (1 tin boleh buat 3-4 kali)
  • 3 hotdog( Haqim nak juga) - dihiris
  • 3 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih (dihiris)
  • minyak untuk menumis,
  • 2-3 sudu makan tomato sos, 1 sudu makan chili kisar (ikut suka pedas) dan sedikit garam.
  • 1 biji bawang besar dihiris.

Tumis bawang merah, bawang putih, chili kisar. Campur sedikit air, tomato sos dan garam. Masukkan ayam cincang dan kacau supaya ayam tidak berketul. Lepas ayam masak, masukkan hot dog dan cendawan butang. Biarkan kering, Sebelum angkat masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Sejukkan

Doh Pizza..

  • 250 g tepung roti (boleh buat 2 keping dalam 8” setiap satu)
  • 1/2 packet yeast kering
  • 1 sudu gula + 150 ml (lebih kurang 1/2 mug) air suam
  • 2 sudu minyak olive oil (guna juga minyak yang dibeli beberapa bulan lepas ni he..he)
  • sedikit garam.

Masuk tepung dalam bekas, buat lubang kat tengah, masukkan yeast, garam, olive oil. Letak air sedikit-sedikit sambil diuli dalam 10 minit. Letak dalam bekas besar yang telah disapu minyak, biarkan naik dalam 1 jam (tutup dengan kitchen towel yang dilembabkan).

Panaskan ketuhar 200 Farenheit (api bawah), Selepas 1 jam, tumbukkan doh, bahagi  kepada 2 bahagian. Ambil satu adunan, uli sedikit dan bentuk dalam dulang pembakar. Bakar seketika dalam ketuhar (dalam 5 minit). Keluarkan doh, sapu tomato sos, letak topping dan cheese (mazarella + chedar :) kita buat sendiri mesti nak cheese banyak) dan bakar kembali (api atas bawah) dalam 15 minit..

Jangan tanya kalori berapa..sekali sekala ok kot… :)

0 comments:

Post a Comment