Kesempatan yang ada pada tahun ini membolehkan saya membuat 10 kek lapis untuk diagih-agihkan sebagai buah tangan kepada saudara mara. Selama 4 hari, selepas jam 12 tengahari, saya akan membakar kek lapis yang mengajar saya pengertiaan perkataan sabar. Beberapa variasi kek lapis yang saya cuba. Diantaranya adalah kek lapis betawi, kek lapis asam manis, kek lapis coklat, kek lapis kencana dan kek lapis pandan.
Dan inilah pembantu setia saya yang memutarkan telur putih untuk semua kek-kek tersebut.
Penat buat kek lapis terasa hilang menyaksikan ianya digemari oleh hampir setiap pengunjung ke rumah. Masih terbayang bagaimana sukanya anak-anak saudara yang mengadap satu pinggan kek lapis dalam masa kurang 10 minit. InsyaAllah dipanjangkan umur, tahun depan Mak Tih buat lagi ye.. Tunggu rayalah…
0 comments:
Post a Comment