Ini adalah diantara kuih kegemaran kami. Diperbuat dari tepung pulut, berintikan kelapa dan disalut dengan tepung kacang hijau. Selalunya kami makan hari Jumaat di kedai Telor Power. Haqim 3 biji, dan 2 biji untuk saya dan abah.
Terlanjur mengambil kelapa muda dihadapan rumah, emak kukur isinya dan beri kepada saya untuk dibuat inti. Teringatlah akan kuih ini dan mulalah mencari diInternet.
Baca resepi macam senang je buat kuih ini. Tapi ada banyak perkara yang tidak dikongsi dalam resepi tersebut. Contohnya -
- tepung kacang hijau yang dijual dikedai tidak digoreng dulu. So kalau terus guna rasanyanya sedikit pahit. So saya goreng kering dahulu dengan menggunakan api yang kecil dalam dua tiga minit, bila sejuk saya campurkan sedikit gula halus. (Dapat dari laman blog lain)
- Doh diperbuat dari tepung pulut campur air. Saya juga letak sedikit tepung gandum untuk mengurangkan sedikit kekenyalannya. (berdasarkan pengalaman buat kuih koci)
- Doh tu melekit, dalam resepi tak tunjuk macamana nak bentuk kuih. At last saya figure out, kena letak minyak kat tangan dulu bagi memudahkan membentuk kuih ini. Pastikan ianya tidak pecah kalau tidak ianya akan bersemamihlah (betulke ejaan ni…tak apalah). Tak perlu perfect, sebab nanti bila dah disalut dengan tepung hijau, tak nampak pun yang spoilt tu..
- Dalam resepi, ditulis rebus kuih ini macam buat buah melaka. Dah timbul angkat. Kuih ni besar dari buah melaka, so kena biarkan beberapa minit sebelum diangkat. Masalahnya macamana nak tahu kuih yang baru dimasukkan dalam periuk dan yang dah lama dimasukkan :) . The second time saya buat kuih ni, buat dalam batch of 5. So dimasukkan dalam periuk dan diangkat serentak :/
- Di tulis dalam resepi, angkat dari periuk dan salut dengan tepung hijau. Tak jadi macam gitu. Tepung hijau akan basah dan berselerak. First time buat kuih ni penuh tepung hijau satu dapur (ha..ha..ha.. baik beli, tapi susah nak cari kuih ni). So bagi mengelakkan tepung berselerak, kuih ini perlu ditoskan dahulu, tepung hijau dimasukkan dalam bekas empat persegi, lepas beberapa minit baru disalutkan kuih dengan tepung satu persatu.
Pengalaman buat kuih ini mengajar saya, nak buat kuih bukan sahaja resepi yang perlu dipelajari, terdapat juga hidden technique bagi mendapatkan hasil yang baik. Sebab tu kena ada guru untuk belajar :) . Anyway hubby kata tak sama dengan orang Terengganu buat..ialah air tangan orang Johor dan orang Terengganu takkan sama. Tapi anak saya makan semacam aje sampai cakap ..” Mama kalau boleh, Mama buat kuih ini lagi esok, tulat dan hari-hari berikutnya sampai bila-bila…” Wah memanglah anak itu penyeri kehidupan..Diantara statementnya yang pasti melekat dalam hati saya for some time..
0 comments:
Post a Comment