22 Jan, kami menghadiri majlis yang diadakan oleh Marini bagi meraikan jiran-jiran di kawasan perumahannya. Majlis untuk kaum ibu diadakan pada sebelah petang dan majlis untuk kaum bapa diadakan pada waktu malam.
Kumpulan anak-anak yang membaca qasidah dan selawat mengusik hati saya. Masih ada lagi insan yang berusha untuk menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam jiwa anak-anak yang kini tenggelam dengan teknologi ICT dan perkembangan moden yang lain.. Alhamdulillah, terusik hati melihat anak-anak sekecil 5 tahun membaca Qasidah. Wish Haqim is one of them..
Ibu dan anak, macak adik dan kakak..
Melissa yang sering mencuit dan menghiburkan hati saya. Apa yang unik tentang this young lady, she is the only one that will always try to speak English with me..
Apa yang menariknya dimajlis tersebut, mereka menjemput ustazah dan ustaz untuk menyampaikan tazkirah selain dari baca Yasin dan solat. Terusik hati dengan tazkirah ustazah pada petang tersebut yang menyentuk isu penyakit hati.
Terima kasih kerana menjemput kami, semoga keluarga Marini sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Allah. Amin..
0 comments:
Post a Comment