Pada 4/1 yang lepas, saya mendengar penerangan mengenai penyakit Glacoma (ejaan tak sure betul ke tidak) dari seorang pakar mata di siaran tv (tak ingat which one). Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah saranan dr pakar tersebut mengenai maksud kesyukuran. Sememangnya kita jarang bersyukur dengan apa yang kita sedia ada dan apabila ianya telah tiada barulah kita mulai terasa dan mula menyalahkan orang lain tanpa melihat apa yang telah kita lakukannya. Melihat kepada beberapa penderitaan yang dialami oleh mereka yang berada disekitar kita seharusnya kita bersyukur dengan kurniaan Allah. Kita masih punya keluarga, tapi kita jarang bersyukur dengan kehadiran ibu bapa, pasangan, anak dan saudara mara yang ada. Hargailah mereka sewaktu mereka masih hidup dan bersama dengan kita kerana apabila mereka telah tiada, diwaktu itu tiada apa lagi yang dapat kita lakukan selain dari berdoa untuk kesejahteraan mereka dialam yang lain (ini pun ramai juga yang lupa atau buat-buat lupa).
Kita juga jarang bersyukur dengan kesihatan yang dikurniakan Allah kepada kita. Melihat penderitaan mereka juga menyebabkan saya berfikir, betapa kekuasaan Allah untuk menguji umatnya, samada sabar atau tidak, reda atau tidak dengan ujian tersebut. Dalam pada itu, kita juga perlu merenung kembali ada kalanya musibah diturunkan untuk membersihkan dosa dan memberi peluang untuk kita bertaubat dan bersyukur kepadaNya. Semoga Allah melembutkan hati kita untuk sentiasa bertaubat dan bersyukur dengan limpah kurniaanNya.
0 comments:
Post a Comment