Satu masa dulu, bila aruah ayah tahu saya akan balik Mersing, ayah dan emak akan berusaha untuk memasak 3 lauk kegemaran saya ini – ikan baung salai masak lemak, salad telur dan masak lemak cili api otak lembu (Ok, some of you might feel a little bit weird but it’s ok, we are born in different clans ). Saya tak ingat when was the last time saya makan lauk ini. Sewaktu menghadiri majlis korban baru-baru ini ada kenalan yang memberi saya otak lembu untuk dimasak. Terima kasih dan inilah hasilnya..
Bagi yang mahu mencuba, ini adalah resepi masak lemak cili api otak lembu.
Bahan-bahannya
- I otak lembu, dibersihkan. Masak air dalam periuk, bila mendidih, kecilkan api dan celur otak for about 5-10 minit. Potong dadu dalam 2 in setiap satu.
- 5 biji cili padi
- 4 biji bawang merah
- 2 cawan santan pekat
- 1 helai daun kunyit dan 1 helai daun limau purut
- beberapa biji belimbing buluh ( kalau tiada guna sekeping asam keping)
- sedikit kunyit dan sedikit garam
Kaedah memasak
- Tumbuk hancur cili padi dan bawng merah, masukkan dalam periuk bersama 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air, daun kunyit dan daun limau purut yang telah dimayang.
- Masukkan kunyit dan garam, masak atas api perlahan sehingga mendidih.
- Kecilkan api, masukkan 1 cawan santan pekat, masukkan otak lembu (yang telah dicelur) dan belimbing buluh yang telah di bersihkan. Kacau seketika sehingga santan masak dalam 10 minit. Perlu dikacau dengan berhati-hati, kerana texture otak kembu agak lembut.
P/s – Walaupun sedap, tak boleh makan selalu dan banyak-banyak ..Tinggi kalorinya ni.. Selamat Mecuba…
0 comments:
Post a Comment