Inilah lauk yang menyebabkan kami duduk lama dimeja makan. Selepas makan nasi, sambal ini akan dimakan sambil berbual-bual (kalau orang nak datang rumah, bagus buat lauk ni ). Inilah juga lauk yang sering emak bekalkan bila saya nak balik asrama dulu. Ianya boleh disimpan beberapa hari dan dimakan dengan roti putih. Inilah juga lauk kegemaran Haqim, dia boleh bawa dalam mangkuk dan makan depan TV sampai habis….
Atie masih ingat resepi lauk ni …….
Bahan-bahan:
- 1 cawan kacang tanah digoreng
- 2 biji kentang, dikupas, belah 2 melintang dan dihiris, tidak terlalu nipis dan digoreng hingga masak
- 1 biji bawang besar dihiris bulat dan di goreng seketika.
- 5-6 biji bawang kecil
- 2 biji bawang putih
- 3 sudu besar cili boh
- 1 sudu besar ikan bilis
- sedikit belacan
- 11/2 sudu besar gula (saya suka ianya manis sikit)
- 1/2 sudu kecil pes asam jawa
- 1/2 gelas air
- sedikit garam
- sedikit minyak – untuk menumis
Kaedah
- Tumbuk bawang kecil, bawang putih, belancan,ikan bilis – jangan sehingga lumat.
- Tumis bahan-bahan yang ditumbuk, selepas naik bau, masukkan cili boh goreng seketika,
- tambah 1/2 gelas air, pes asam jawa, gula dan garam. Biarkan seketika sehingga sambal masak dan kuah agak kering (Kalau tidak kering nanti kacang senang lemau dan sambal tidak tahan lama)
- Masukkan kacang tanah goreng, kentang goreng dan bawang besar goreng. Gaul hingga rata sebelum diangkat dari api.
Nota: Saya pernah makan sambal ini yang diletakkan ikan bilis goreng, tapi kami tidak berapa suka and ikan bilis goreng akan tertinggal dipinggan nanti - Selamat Mencuba…
0 comments:
Post a Comment