Selain dari menjadi kegemaran keluarga, cucur ini mengingatkan saya kepada Muhamad Yazid (rakan sewaktu sama-sama diuniversiti yang mengajar masakan ini kepada saya – Kat mana dia sekarang?). Inilah hidangan petang dan kadang-kadang waktu pagi kami. Kentang yang dimasukkan kedalam adunan menyebabkan ianya mengenyangkan kalau dimakan sewaktu sarapan pagi. Cucur ini sedap kalau dicicah dengan sos cili manis emak. Di Terengganu, cucur ikan lebih digemari. Menggunakan bahan yang sama tetapi udang diganti dengan isi ikan selayang yang telah dilumatkan (rebus beberapa ekor ikan selayang bersama garam dan asam keping). Bagi yang ingin mencuba, ini adalah resepinya
Bahan-bahan
- 11/2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- sedikit udang hidup (dalam 1/2 cawan) / isi ikan
- 1 biji kentang (sederhana besar) – didadu halus (kalau besar-besar nanti tak masak)
- 1 biji bawang besar (sederhana besar) – Dihiris memancang
- sedikit taugeh
- sedikit daun kailan
- sedikit garam
Kaedah membuatnya
- Pukul sedikit telur dalam mangkuk dengan garfu.
- Masukkan dalam adunan tepung dan dikacau rata. Masukkan air dan garam. Kacau rata.
- Masukkan kentang, udang, bawang besar, taugeh dan daun kailan. Kacau sehingga ‘mesra’. Adunan perlu pekat sedikit dari adunan roti jala tetapi tidak terlalu pekat (nanti keras). Biar adunan sebentar dalam 10 minit (Bagi mengelakkan adunan jadi keras. Somehow it works)
- Panaskan minyak dalam kuali. Jemput adunan dan masukkan kedalam kuali (api sederhana sewaktu memasukkan adunan). Selepas adunan penuh dalam kuali, besarkan sedikit api. Balik-balikkan cucur agar ianya garing sebelum diangkat.
Nota: Yazid ajar guna air panas untuk bancuh adunan instead of telur, tapi saya lebih suka guna telur yang dipukul. Anda boleh mencuba kedua-dua kaedah..
Selamat Mencuba. Yazid, kalau baca entry ni..do contact me.. nak juga tahu dah berapa anak Yazid sekarang?
0 comments:
Post a Comment