Dalam mendidik anak-anak, kadang kala kita perlu tegas walaupun ada ketikanya ia agak ‘tough’. Saya berpendapat biarlah saya mengajarnya sekarang sewaktu dia masih boleh dididik lagi. Kebiasaanya anak-anak akan mula menunjukkan ‘kelakuan’ bila ada tetamu. Mungkin juga kerana mereka mahukan perhatian atau sifat ego yang ingin ditujukan kepada mereka yang sebaya. Satu perkara yang saya agak kurang setuju ialah apabila tiada komunikasi berkesan diantara Haqim dan sepupu-sepupunya samada semasa mereka datang kerumah, atau sewaktu Haqim berkunjung kerumah mereka. Ini berlaku kerana masing-masing sibuk dengan alat-alat eletronik masing-masing. Apalah gunanya datang bertandang sekiranya anak-anak diberikan ipad, galaxy, psp, game box or telefon bimbit.
Mereka berada dialam mereka sendiri dengan Internet atau game. Tiada lagi komunikasi diantara mereka. Tiada lagi gelak ketawa mereka bermain bola sepak atau mengejar ayam disekeliling rumah ( I miss that..). Saya diajar sekiranya bertandang kerumah orang, saya perlu membantu apa yang patut untuk berkenalan dan bersosial dengan tuan rumah. Perkara ini tidak berlaku lagi. Mungkin kerana sekarang dikebanyakan rumah (walaupun tidak semua) telah ada pembantu rumah, Anak-anak samada lelaki atau perempuan berada dalam dunia mereka sendiri samada dirumah sendiri (kasihan kat emak) atau dirumah orang. So apabila sepupu-sepupunya mandi dikolam, mama terpaksa ‘memaksa’ Haqim untuk turut serta dengan sepupunya (they have fun though). Kalau nak main game pun, bermain permainan yang sama untuk mengeratkan hubungan mereka.
Memandangkan Haqim juga akan menghadapi peperiksaan tahun depan, so rasanya mama kena limitkan pengunaan eletronik device ini kepada beberapa jam sehari agar Haqim boleh fokus dalam pelajaran. Selain dari itu, mama juga tidak setuju Haqim bermain game yang berbentuk pertarungan sebab ianya menyebabkan sikap menentang yang kurang baik. Ehm..it is hard, but I need to do that…
p/s Dengar cerita ada ibu bapa yang memotong talian Internet dan Astro selama setahun apabila anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan utama. Ehm.. should I do that?
0 comments:
Post a Comment