Hari ini kami menghadiri majlis korban yang diadakan di UiTM. Seperti tahun-tahun lepas, majlis ini meriah dengan kehadiran kakitangan-kakitangan samada yang mejalankan ibadah korban dan membantu melapah lembu dan menyediakan makan tengahari dari daging korban dan akikah. 9 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan tahun ini. Kali ini saya menyaksikan bagaimana lembu disembelih sehingga ianya siap dilapah. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil pada majlis tersebut.
Penyembelihan…
Melapah lembu
Memasak..
Tak sempat ambil gambar waktu makan . Semoga majlis seperti ini akan diadakan lagi ditahun-tahun yang akan datang.
p/s: Tahun ini Haqim tak boleh joint kerana bersekolah walau pun pagi tadi merengek tak nak gi sekolah…
0 comments:
Post a Comment