Alhamdulillah, kami diberi beberapa pisang goreng oleh kenalan. Hari khamis lepas, saya buat jemput-jemput pisang. Hari ini, saya masak kari ikan tenggiri, ehm..kalau ada lempeng pisang best ni…Kebetulan Haqim nak test skill membelah kelapa muda dan terdapat beberapa biji kelapa muda dihalaman rumah.
So inilah hasilnya.
Ini resepi emak. Kalau nak mencuba berikut adalah bahan-bahanya
- 1 mangkuk pisang yang telah dilenyek..
- 1/2 mangkuk isi kelapa muda dari 1 biji kelapa yang telah dihancurkan
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh serbuk soda bikabonat
- secubit garam
Kaedah membuatnya
- Campurkan pisang, kelapa, tepung gandum, gula pasir, garam dan soda bikarbonat dalam satu bekas.
- Gaul rata semuanya. Sekiranya perlu dimasukkan air (bergantung kepada jenis pisang) gunakan air kelapa.
- Panaskan kuali leper, gunakan sedikit marjerin untuk mengelakkan adunan melekat di kuali. Ceduk 1 senduk air adunan, pusarkan dalam bentuk bulatan diatas kuali. Gunakan api yang sederhana kerana kuih ini senang hangus. Terbalikkan adunan selepas beberapa minit.
ps : kuih ini sedap dimakan sewaktu panas-panas bercicahkan kuah kari dan dihidang atas daun pisang (Nostalgia masa makan kuih ini sewaktu dikampung)
Selamat Mencuba.
0 comments:
Post a Comment