Saturday, October 17, 2009

Karipap Ikan

IMG_0135 Hari Khamis lepas, Kak Faezah minta buatkan karipap inti ikan atau lebih dikenali dengan nama temosa untuk jamuan hari raya anaknya di Kemaman. So carilah intinya di Internet dan duduklah saya dan emak dari jam 1:00 sehingga hampir pukul 6 petang menyediakan kuih tersebut.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah masa yang diambil untuk menyediakan kuih-kuih tersebut. Dalam masa 5 jam, kami berjaya menyediakan lebih kurang 150 keping. Kalau dijual, lebih kurang RM35.00. 2 perkara berada dalam fikiran saya selepas buat kueh tersebut

1) ehm.. saya bersyukur ayah dan emak mementingkan pelajaran dan memastikan saya mendapat pendidikan yang cukup untuk masa depan sewaktu saya dialam persekolahan dahulu.

2) terkenang nasib mereka-mereka yang perkerjaan hariannya adalah membuat dan menjual kuih. Mereka memperuntukkan masa dan tenaga yang banyak untuk sesuap nasi.

One thing for sure..the next time saya makan karipap ikan, pastinya saya akan lebih menghargainya….

Berikut adalah resepi inti kuih ini

  • 1 kg ikan selayang / kembong, dikukus, dibuang tulang dan diramas halus.
  • 5-6 biji bawang merah
  • sedikit halia
  • setengah sudu teh halba
  • RM1.00 santan pekat
  • garam dan perisa
  • sedikit lada hitam / cili hidup yang dihiris halus

Kaedah:

Campurkan semua bahan dan gaul dalam kuali sehingga kering. Nota – api sederhana digunakan dan perlu dikacau selalu agar ia tidak hancur.

Resepi kulit

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan marjerin yang dicairkan
  • 1/2 cawan lemak sayuran
  • sedikit garam
  • air sejuk (peti sejuk) untuk mengaul doh

Kaedah:

Campur semua bahan kecuali air dan gaul. Tambahkan air sedikit-sedikit sampil diuli sehingga terbentuk doh karipap. Ambil sedikit doh,canai dan terap dengan acuan karipap. Masukkan ini dan terap / bentuk tepi karipap. Goreng dengan api sederhana.

Selamat mencuba..

0 comments:

Post a Comment