Hujung minggu lepas, kami ke Shah Alam. Abah ada urusan rasmi dan terlanjur disana, saya membantu Syuhaida bersedia untuk rumah terbuka hari rayanya yang pertama selepas berpindah ke rumah baru. Cantik rumah mereka – pandai mereka menghias rumah. Dari Kuala Berang, Mak Da bawakan periuk besar untuk buat nasi minyak, lauk ayam gulai dan daging masak merah, acar dan laksa.
Tugas saya – masak ayam gulai, dan sediakan kuah laksa dan ulam-ulamannya. Seronok dapat jumpa saudara mara yang tidak sempat balik kampung sewaktu hari raya tempoh hari. Berikut adalah sebahagian dari gambar yang sempat saya ambil dimajlis tersebut.
Gambar ini di ambil untuk menyimpan gambar cermin besar dibelakang meja tersebut.. unik.
Terima kasih kak long, tumpangkan rumah untuk kami dan terima kasih Fazlina yang sediakan nasi ayam untuk kami..
Selamat Hari Raya..
0 comments:
Post a Comment