Kita sering mendengar ceramah berkenaan dengan perkara ini di ceramah-ceramah atau tazkirah tetapi saya jarang memberi perhatian tentang perkara ini sehinggalah hujung minggu lepas.
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
Kami melawat ayah chik yang mula melakukan dialisis kerana kerosakan buah pinggang. Teringat juga kepada ipar yang menghadapi serangan sakit jantung secara tiba-tiba. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan tersebut
Terbayang, ada banyak perkara yang masih belum saya capai, semoga Allah memberi saya kelapangan dan kesihatan untuk mencapai perkara-perkara tersebut.
Sememangnya hidup ini amat pendek dan seharusnya saya mengambil peluang pada masa ini untuk melakukannya sebelum tiba 5 perkara tersebut…
0 comments:
Post a Comment