Monday, October 5, 2009

Puding Buih

IMG_0122

Bahan-bahan untuk puding

  • 1 bungkus agar-agar (direndam beberapa jam bagi memudahkan ia larut)
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 senduk air gula pasir
  • 2 1/2 mug air
  • 7 biji putih telur

Kaedah buat puding

  • Masak agar-agar, air dan gula pasir hingga agar-agar larut – lebih kurang 10 minit.
  • cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan campur dalam agar-agar sambil dikacau.
  • biarkan sebentar, tutup api dan tapis agar-agar.
  • Pukul telur putih sehingga kembang.
  • Alih putih telur dalam bekas besar (saya guna periuk besar bagi memudahkan saya memukul adunan nanti).
  • Gunakan pemukul telur, tuangkan agar-agar sedikit-sedikit kedalam adunan telur sambil dipukul.
  • Masukkan pewarna dan terus memukul adunan sehingga agar-agar sejuk (tidak sehingga beku) bagi mengelakkan adunan dari berlapis apabila sejuk nanti.
  • Tuang adunan kedalam acuan. (Adunan ini cukup untuk dua bekas kek (7 in X 7 in)

Bahan untuk kastad

  • 2 tin susu cair (saya suka kuah yang banyak dan pekat :) )
  • 2 biji telur merah
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 senduk air gula (lebih kalau suka lagi manis)
  • 1 tin buah-buahan  cocktail

Kaedah untuk buat kastad

  • Cairkan gula dengan sedikit air.
  • pukul sedikit telur merah, campurkan dengan susu cair
  • cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam susu cair. Sebatikan adunan susu.
  • Kecilkan api, masukkan adunan susu dalam air gula.
  • Kacau adunan dan biarkan sehingga mendidih (adunan ini mudah hangit jika api kuat dan tidak dikacau).
  • Sejukkan sebelum dihidang.

Untuk menghidang, letak buah-buahan cocktail diatas puding dan curah kuah kastad.

Selamat mencuba

Nota: Resepi ini diberikan oleh Che Da (kuala berang) sewaktu menghadiri majlis perkahwinan di rumah Kak Yah tempoh hari.. Terima kasih kerana sudi mengajar saya buat kuih ini.

0 comments:

Post a Comment