Saturday, December 17, 2011

Lasagna ayam

20111215_181837

At last selepas 3 kali cubaan, akhirnya lasagna yang dihasilkan memuaskan hati. In fact selepas 10 minit masak, inilah sahaja yang tinggal untuk diberikan kepada emak (akhirnya emak dapat 2 slice sahaja selepas kena tax by sikecil molek mama Winking smile). Resepinya didokumen dilaman ini untuk rujukan masa hadapan. Bagi yang ingin mencuba, silakan. Terdapat 3 bahagian dalam penyediaan lasagna ini – inti daging ayam, sos putih and the lasagna itself.

Inti daging ayam

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan daging cincang
  • 2 biji tomato di kupas kulit dan dipotong dadu
  • 1 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang halus
  • 1/2 biji kentang di potong dadu kecil
  • 1/2 biji carrot dipotong dadu kecil
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 biji bawang besar, dihiris dan dicincang
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus.
  • sedikit minyak untuk menumis dan garam
  • sedikit herba spaghetti bolognese

Kaedah memasak:

  1. panaskan minyak
  2. tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit bau.
  3. masukkan carrot, ubi kentang, cili merah, ayam cincang dan digaul rata.
  4. masukkan sedikit air jika perlu, biar ubi kentang dan ayam masak seketika.
  5. Masukkan tomato dadu, sos tomato, garam dan herba.
  6. biarkan seketika sehingga kering dalam 15-20 minit.

Sos putih

Bahan-bahannya

  • 80 gm mentega
  • 1/4 cawan tepung
  • 2 cawan susu segar
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese

Kaedah memasak:

  1. Panaskan susu seketika
  2. Dalam bekas lain, cairkan mentega. Setelah agak cair masukkan tepung dan kacau.
  3. Masukkan susu panas sedikit sedikit dalam adunan mentega sambil dikacau bagi mengelakkan ianya dari bergentil.
  4. Kacau adunan sehingga ianya pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan parmesan cheese.

Lasagna

Bahan-bahan:

  • 8 keping lasagna (8 in X 4in)
  • 1 buku mozzarella cheese disagat
  • inti daging ayam dan sos putih

Kaedah:

  • Rendam 8 keping lasagna sejam sebelum memasak dalam dulang (lasagna senang melekat si tak boleh redam dalam keadaan berlapis).
  • Panaskan ketuhar – 200 C.
  • Saya menggunakan bekas Corelle 8in X 8 in. Sapukan mentega disekeliling bagi mengelakkan lasagna melekat.
  • Susun 2 keping dalam bekas. Letak 1/3 inti ayam, 1/3 sos putih dan 1/3 mozzarella cheese.
  • Ulang susunan tadi serhingga habis.
  • Akhir sekali, susun 2 keping lasagna dan taburkan serbuk parmesan cheese diatas lapisan tersebut.
  • Tutup bekas dengan aluminium foil.
  • Masak adunan dalam oven selama 10 minit. Buka aluminium foil dan biarkan ianya masak selama 15-20 minit lagi.
  • Sejukkan dalam 5 minit sebelum dihidang (bagi memudahkan lasagna dipotong.

Selamat mencuba….

0 comments:

Post a Comment